Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kad Debit-i Diskaun Siswa (KADS1M) Sedia Untuk Diambil

KADS1M kini tersedia untuk diambil oleh para pelajar yang telah memohon. Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) adalah kad debit yang menggantikan Baucar Buku pada 2017. Seperti yang diketahui, pelajar IPTS dan IPTA perlu memohon secara online di laman web Bank Rakyat bermula pada 16 Februari sehingga hujung bulan Mac 2017.    
Cara mendapatkan Kad Debit-i Diskaun Siswa (KAD1SM) Selepas permohonan, apa yang perlu dilakukan adalah menunggu pihak Bank Rakyat menghantar sebuah email kepada anda. Anda akan dimaklumkan tentang pengambilan KAD1SM melalui email. Pengambilan KAD1SM tersebut boleh dibuat di cawangan pilihan masing-masing. Oleh itu, anda perlu memastikan email dalam status aktif dan dapat log masuk pada bila-bila masa. Anda boleh merujuk contoh email yang diterima disini. Contoh email daripada bank rakyat Sebelum pihak Bank Rakyat memaklumkan kepada anda, beberapa dokumen yang perlu disediakan. Sila pastikan dokumen-dokumen ini dibawa bersama ketika hadir ke cawangan pih…
Catatan terbaharu

Cara mengambil Kad Debit-i Diskaun Siswa (KADS1M)

Pemberian Kad Debit-i Diskaun Siswa (KADS1M) kini masih dalam proses pelaksanaan. Para pemohon/ pelajar dinasihati mengunjungi cawangan bank rakyat yang ditentukan dengan segera bagi mengambil kad1sm anda.

Selepas terima email daripada bank rakyat diberitahu permohonan anda sudah diterima, anda dinasihatkan supaya menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan, iaitu :
Dokumen yang perlu dibawa semasa pengambilan kad1sm di bank:
[table id=3 /]

Berserta dokumen-dokumen diatas, anda diminta juga mencetak email dan membawanya sekali bagi memastikan proses pengambilan kad1sm dapat dilaksanakan dengan lancar.
Contoh email bank rakyat Dalam email tersebut tertera nama dan cawangan bank rakyat tertentu bagi pengambilan kad1sm. Sila menuntut kad1sm di cawangan bank yang ditetapkan bagi memastikan pelancaran proses pengambilan kad1sm.
Status permohonan KAD1SM dalam proses ?
Bagi anda yang sudah lama membuat permohonan tetapi status dalam proses, email pun tidak sampai. Untuk makluman anda, email …

Semakan Keputusan SPM 2018

Tarikh semakan keputusan  SPM 2018 telah diumumkan secara rasminya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Keputusan SPM akan dikeluarkan pada tarikh 15 Mac 2018 (Khamis).
Result SPM 20187 sudah diumumkan dalam tarikh terdekat iaitu pada hari khamis 15 mac ini. Para ibu bapa dan pelajar boleh check result spm pada hari tersebut.

Pada hari tersebut, semakan secara online/ talian dan SMS akan dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM 2018. Berikut adalah maklumat mengenai cara menyemak atau mendapatkan keputusan SPM.
Semakan Keputusan SPM Secara Atas Talian
Pada tarikh 15 Mac 2018 (KHAMIS), pautan sistem pengurusan peperiksaan atas talian (SPPAT) akan diaktifkan bagi membolehkan para pelajar dan ibu bapa untuk menyemak keputusan SPM mereka.

Cara menyemak amatlah senang, anda hanya perlu mengikut langkah yang ada:-

1. Melawat ke laman semakan keputusan peperikasaan SPM.

2. Masukkan No. Kad Pengenalan tanpa (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan
tersedia.

3. Seterusnya Tekan b…

Nota Pengajian Am Penggal 3 - Malaysia dan Negara Luar

Penyertaan malaysia dalam pertubuhan –pertubuhan antarabangsa :
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
Tujuan Malaysia melibatkan diri dengan ASEAN adalah untuk:

mempercepatkan perkembangan ekonomi
mengekalkan keamanan antara anggota negara
memupuk kerjasama untuk kepentingan bersama dari segi ekonomi,sosial, budaya, teknikal, saintifik dan pentadbiran.
saling membantu antara anggota negara dalam R&D
meningkatkan bidang pengajian dan pendidikan di Asia Tenggara

Kerjasama-kerjasama dalam ASEAN:
[expand title="Kerjasama melalui Politik Keselamatan"]

ZOPFAN( (Kawasan Aman Bebas dan Berkecuali) bertujuan menjamin keamanan serantau(kestabilan politik) melalui dasar perkecualian serantau.  Sebarang pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara dihalang perlu diselesaikan secara aman. Kekerasan di haram sama sekali.

Zon Bebas Senjara Nuklear (SEANWFZ) bertujuan memastikan kawasan ASEAN bebas daripada senjata nuklear.

Forum Serantau ASEAN (ARF) dibentuk untuk menyelesaikan konflik antara …

Semakan Keputusan UPU Kemasukan STPM/Setaraf Sesi 2017/2018

Keputusan UPU Bagi Program Lepasan STPM/Setaraf Kemasukan Ke Universiti Awam Sesi Akademik 2017/2018
Untuk makluman lepasan STPM yang telah mengisi permohonan UPU untuk masuk ke universiti awam, keputusan bagi Lepasan STPM/setaraf  akademik sesi 2017/2018 telah diumumkan oleh pihak UPU melalui portal rasmi UPU dan Facebook rasmi UPU.

Tarikh untuk semak keputusan UPU adalah pada 3 Ogos 2017 Khamis. Para lepasan STPM/setaraf sesi 2017/2018 boleh mula menyemak keputusan pada hari tersebut selepas 12.00 Tengahari.

Semakan boleh dilakukan di portal rasmi UPU dan juga universiti berkaitan:

http://upu.mohe.gov.my (portal rasmi UPU)

http://jpt.uum.edu.my (Universiti Utara Malaysia)

http://jpt.ums.edu.my (Universiti Malaysia Sabah)

http://jpt.utm.my (Universiti Teknologi Malaysia)

http://jpt.unimas.my (Universiti Malaysia Sarawak)

Rayuan Keputusan UPU bagi Lepasan STPM/Setaraf  Ke Universiti Awam
Untuk makluman, permohonan rayuan keputusan  UPU boleh dibuat melalui UPUOnline, hanya calon yang gagal saha…

Esei Pengajian Am : Peningkatan Suhu Dunia

Keadaan cuaca yang tidak menentu menimbulkan pelbagai kesan kepada masyarakat dunia. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan suhu dunia. Keadaan ini juga mendatangkan kesan kepada Malaysia dan negara serantau.
Faktor Peningkatan Suhu Dunia
Kepadatan penduduk dunia
Penduduk dunia kian meningkat dan mencecah ke angka 7 billion. Penduduk yang padat menyumbang kepada aktiviti penerokaan hutan. Sebagai contohnya, penerokaan hutan dibuat bagi tujuan penempatan dan pembangunan. Hal ini menyumbang kepada perubahan iklim.

Penggunaan bahan kloroflourokarbon (CFC)
Masyarakat dunia aktif dalam penggunaan CFC. Hal ini akan menipiskan lapisan ozon yang berperanan mengekalkan kestabilan suhu bumi. Lapisan ozon yang nipis akan menyebabkan peningkatan suhu bumi. Sebagai contohnya, penggunaan CFC dalam sektor perindustrian menjejasan suhu persekitarannya.

Perkembangan dalam perindustrian
Perubahan era pertanian kepada era perindustrian juga membawa kesan yang besar kepada suhu dunia. P…

Tarikh MUET Sesi November 2017

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi pendaftaran dan ujian MUET Sesi November 2017.

Tarikh Pendaftaran Dibuka : Bermula 2 Jun 2017 (Jumaat)

Tarikh Pendaftaran Ditutup : 1 Ogos 2017 (Selasa)

Tarikh Ujian (Speaking) : 4 (Rabu), 5, 9, 10, 11, dan 12 Oktober 2017 

Tarikh Ujian Bertulis : 4 November 2017 (Sabtu)

Keratan kalender di www.mpm.edy.my:





Catatan: Semua tarikh yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majilis Peperiksaan Malaysia.

Untuk Kalender Penuh MUET 2017, anda boleh melayari portal rasmi mpm untuk maklumat lanjut.

Majlis Peperikasaan Malaysia Kalendaer MUET 2017

Harap-harap calon dapat membuat persediaan awal sebelum tarikh ujian tiba. Semoga berjaya.