eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Isnin, 13 Mei 2013

Senarai Nilai, Definisi & Kata Kunci Pendidikan Moral SPM


Senarai Nilai, Definisi & Kata Kunci Pendidikan Moral SPM
CTRL + F 
SENANG CARI


1.1 Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun 
Negara.

*keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam
*mematuhi segala suruhanNya



1.2 Amanah

Sikap bertanggunngjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

*sikap bertanggungjawab
*menimbulkan kepercayaan orang lain



1.3 Harga Diri

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

*memulia maruah diri
*menjaga maruah diri



1.4 Bertanggungjawab

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

*memikul tugas/kewajipan
*melaksanakan tugas/kewajipan


1.5 Hemah Tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

*beradab sopan
*berbudi pekerti mulia


1.6 Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

*bertolak ansur
*sabar*mengawal diri


1.7 Berdikari

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

*kebolehan/kesanggupan melakukan sesuatu
*tanpa bergantung kepada orang lain


1.8 Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan , dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

*usaha berterusan
*ketekuna/kecekalan/kegigihan/dedikasi/berdaya maju


1.9 Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daraipada hati yang ikhlas.

*kepekaan/perasaan cinta yang mendalam
*kepekaan/perasaan cinta yang berkekalan


1.10 Keadilan

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

*tindakan/keputusan yang saksama
*tidak berat sebelah


1.11 Rasional

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

*boleh berfikir
*bertindak wajar


1.12 Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan dtau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

*tidak keterlaluan
*tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain


2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga

Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. 

*perasaan cinta/kasih/sayang mendalam terhadap keluarga
*perasaan cinta/kasih/sayang berkekalan terhadap keluarga


2.2 Hormat dan taat kepada anggota kepada anggota keluarga

Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

*memuliakan setiap anggora keluarga
*berinteraksi / memberi layanan secara bersopan


2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan

Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

*menerima kebiasaan/adat/kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun
*menghormati kebiasaan/adat/kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun
*mengamalkan kebiasaan/adat/kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun


2.4 Tanggungjawab terhadap keluarga


Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga  untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan  menjaga maruah keluarga.

*kewajipan terhadap keluarga
*melahirkan keluarga bahagia/meningkatkan imej/menjaga maruah keluarga


 3.1 Menyayangi dan menghargai Alam Sekitar

Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara    alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

*memelihara alam sekeliling
*memulihara alam sekeliling



3.2 Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar

Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

*hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling
*kualiti kehidupan manusia/alam sekeliling terpelihara


3.3 Kemapanan Alam Sekitar 

Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

*pengekalan keseimbangan alam sekeliling
*tanggungjawab bersama


3.4 Peka terhadap isu-isu Alam Sekitar

Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan  berusaha menyelesaikannya.

*prihatin terhadap persoalan alam sekeliling
*berusaha menyelesaikannya 


4.1 Cinta akan Negara

 Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

*perasaan sayang/bangga kepada negara
*meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri


4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara

 Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara.

*kepatuhan yang berkekalan kepada raja/negara 
*kesetiaan yang berkekalan kepada raja/negara


 4.3 Sanggup berkorban untuk Negara

Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu  sebagai tanda berbakti untuk negara.

*kerelaan melakukan/menyerahkan sesuatu
*sebagai tanda kebaktian untuk negara


5.1 Melindungi Hak kanak-kanak

Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan meraka yang sempurna.

*membela/memberi naungan
*memelihara hak kanak-kanak


5.2 Menghormati Hak Wanita

Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan negara. 

*melindungi wanita
*mengiktiraf wanita


5.3 Melindungi hak pekerja 

Menghormati,menghargai dan mengiktiraf  perkhidmatan jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

*menghormati/menghargai perkhidmatan/jasa/sumbangan golongan pekerja
*mengiktiraf perkhidmatan/jasa/sumbangan golongan pekerja


5.4 Menghormati hak golongan kurang berupaya

Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan tuhan.

*memberi layanan bersopan kepada golongan kurang berupaya
*mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan 


5.5 Melindungi hak pengguna

Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

*membela/memelihara hak individu
*menjadi pengguna yang berilmu/mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti tidak mudah dieksploitasi


6.1 Mematuhi peraturan dan undang-undang

Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

*menerima peraturan/undang-undang
*mematuhi peraturan/undang-undang


6.2 Kebebasan bersuara 

Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

*kebebasan konsep dengan batasan tertentu
*kebebasan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu

6.3 Kebebasan beragama 

Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.

*kebebasan menganuti agamanya
*kebebasan mengamalkan agamanya

6.4 Penglibatan diri dalam pembangunan Negara

Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

*kebebasan untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan negara
*mematuhi peraturan/undang-undang/Perlembagaan Malaysia


6.5 Sikap keterbukaan

Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

*bersedia memberi pandangan/pembaharuan/kritikan
*bersedia menerima pandangan/pembaharuan


7.1 Hidup bersama secara aman

Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.

*hidup berbaik-baik antara satu sama lain
*mengutamakan kedamaian/keharmonian hidup


7.2 Saling membantu dan bekerjasama 

Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti dan Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

*usaha yang baik/membina
*yang dilakukan bersama


7.3 Saling menghormati antara negara



Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.



*menghargai hubungan antara negara

*memuliakan hubungan antara negara