eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Isnin, 24 November 2014

Esei Pengajian Am : Jenayah


Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan damai tidak terlepas daripada ancaman jenayah dan anasir-anasir yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam. Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah tersebut.





Punca berlakunya jenayah


Faktor Persekitaran

Sikap tamak seseorang individu akan mendorong mereka melakukan jenayah bagi memaksimumkan kesenangan dan mengurangkan penderitaan
Kawasan setinggan atau kawasan yang banyak pendatang tanpa izin akan meningkatkan kadar jenyah
Kawasan yang kurang pemantauan pihak berkuasa juga akan meningkatkan kadar jenayah.

Faktor Pertambahan Penduduk

Semakin banyak penduduk semakin kurang peluang pekerjaan dalam pasaran
Apabila mereka gagal mendapatkan pekerjaan secara halal, mereka akan mendapatkan secara haram iaitu melakukan secara haram seperti merompak, meragut dan sebagainya
Hal ini ditambah lagi persaingan dengan pekerja asing yang sanggup dengan upah yang rendah.

Faktor Media Massa

Pengaruh unsur ganas dan cara-cara melakukan jenayah banyak disiarkan oleh televisyen.
Hal ini akan ditiru oleh mereka untuk melakukan jenayah
Kemudahan Internet juga menunjukkan cara -cara menghasilkan dadah sintatik yang akan ditiru oleh mereka yang mahir dan seterusnya akan mengedarkan kepada penagih-penagih dadah

Kurang Penguatkuasaan Undang-undang

Kekurangan tenaga penguatkuasaan dan tenaga mahir dalam bidang tertentu telah menyebabkan pelbagai jenayah berlaku
Penjenayah mempunyai ruang dan peluang untuk melakukan jenayah seperti penyelewengan, pecah amanah,pembunuhan, rompakan dan pelbagai jenayah lagi.

Kurang Penghayatan Nilai -nilai Agama /Moral

Kebanyakan mereka yang terlibat dengan jenayah tersebut tidak menghayati ajaran agama masing-masing
Bagi mereka perbuatan seperti rasuah, pecah amanah, penyelewengan, dan lain-lain tidak menjadi kesalahan


Langkah-langkah Mengatasi Gejala Jenayah


Penguatkuasaan Undang -undang

Semua agensi yang berkaitan dengan keselamatan dan keharmonian negara telah bekerjasama rapat bagi mencegah jenayah seperti polis, RELA, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, dan lain-lain lagi.
Semua agensi bekerjasama dalam membanteras jenayah seperti rompakan, rogol, kegiatan pelanunan, penyeludupan, pemerdagangan manusia dan lain-lain lagi
Rondaan yang berterusan dan kawalan yang ketat di pintu masuj negara dapat mengurangkan jenayah tersebut.


Kempen-kempen Pencegahan Jenayah

Kempen-kempen pecegahan jenayah hendaklah digiatkan dalam media massa untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang pentingnya menjaga keselamatan diri, keluarga, dan harta benda mereka.
Kempen-kempen juga boleh diadakan pada peringkat sekolah untuk memberi kesedaran kepada pelajar -pelajar tentang cara -cara mencegah jenayah dan kesan -kesannya sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti jenayah.

Peranan Masyarakat

Masyarakat boleh menubuhkan kelab Rukun Tetangga untuk nenjaga keselamatan kawasan mereka sebagai tambahan kepada rondaan pihak polis
Masyarakat mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mencegah jenayah dengan melaporkan aktiviti -aktiviti yang mencurigakan di kawasan mereka kepada polis.

Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Negara Lain

Kerajaan hendaklah bekerjasama dan menyeleraskan dengan kerajaan dan organisasi antara-bangsa dalam membendung kegiatan jenayah seperti kes -kes penipuan,.penyelewengan pemerdagangan manusia, penyeludupan dan keganasan.
Kerjasama yang erat Malaysia dengan negara-negara lain dapat membendung kegiatan jenayah dari berleluasa

Kerajaan Harus Memperkasa Ekonomi Negara

Kerajaan hendaklah memperkasa ekonomi negara bagi meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia
Ekonomi negara yang kukuh dapat mengurangkan kegiatan jenayah
Peluang pekerjaan dapat ditingkatkan dan hal ini dapat mengelakkan mereka terlibat dengan kongsi gelap, pengedaran dadah, meragut, menyamun,merompak dan sebagainya.




Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama dalam usaha membanteras masalah jenayah yang akan mengancam keselamatan negara.


1 ulasan: