eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Ahad, 23 November 2014

Esei Pengajian Am : Perpaduan

Rakyat yang bersatu padu dapat mewujudkan keadaan yang harmoni dan aman. Keadaan negara yang aman akan mempercepatkan pembangunan negara ke arah wawasan 2020.

Perpaduan


Kepentingan Perpaduan


1. Menjamin keamanan dan kestabilan negara

● Rakyat berasa selamat semasa menjalankan tugas seharian

● Rakyat bebas menjalankan aktiviti harian tanpa sekatan

●Tanpa keamanan rakyat hidup dalam ketakutan seperti berlaku di negara Iraq dan Palestin





2. Menjamin Pembangunan negara berterusan

● Keadaan negara yang aman membolehkan pembangunan negara berjalan lancar

●Pelabur asing tidak teragak-agak untuk melabur di Malaysia seterusnya memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat

● Negara yang kucar-kacir menakutkan pelabur untuk melabur





3. Menjamim kedaulatan bangsa dan negara

● Rakyat yang bersatu padu dapat menghakis ancaman musuh dari dalam dan luar negeri

● Rakyat dapat mengelak dari diperalatkan oleh anasir-anasir luar bagi menjajah dari segi ekonomi dan politik.

● Dapat mengelakkan dari dipergunakan dan dipengaruhi kuasa atau negara luar

● Mengekalkan kemerdekaan negara




Langkah Mewujudkan Perpaduan


1. Sisiten pendidikan kebangsaan

● Sukatan pelajaran yang menitik-beratkan semangat perpaduan seperti matapelajaran Sejarah dan Sivik

● Menitik-beratkan nilai-nilai murni seperti dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

● Aktiviti kokurikulum dapat memupuk nilai -nilai murni yang positif

● Sekolah wawasan, aliran dan sukatan yang sama dab bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar




2. Merapatkan jurang ekonomi rakyat

● Dasar ekonomi baru dibentuk bagi merapatkan jurang ekonomi antara kaum

● Kerajaan berusaha supaya satu-satu bidang ekonomi tidak dikuasai oleh satu-satu kaum tertentu sahaja

● Kekayaan negara diagihkan sama rata antara kaum yang susah dan miskin akan dibantu untuk meningkatkan taraf hidup mereka



3. Memperkenalkan konsep 1 Malaysia

●Konsep ini diperkenalkan supaya rakyat dapat hidup bersatu padu dalan pelbagai kapangan kehidupan

●Bantuan akan diberi kepada mereka yang masih ketinggalan dalam ekonomi dan pendidikan

● Bantuan diberi tanpa mengira kaum dan agama, mereka yang layak akan dibantu




Penutup

      Kesimpulannya, perpaduan merupakan teras kepada pembangunan sesebuah negara. Semua pihak perlu bersatu padu untuk mewujudkan perpaduan supaya kedaulatan negara terjamin.


3 ulasan: