eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Jumaat, 21 November 2014

Esei Pengajian Am : Rasuah


Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan , kontrak atau keistimewaan daripada pihak berrkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah keraian kepada pihak-pihak tersebut.



Punca / Faktor berlakunya rasuah


Sikap materialstik

Keinginan hidup mewah yang melampaui kemampuan diri
Sikap ingin kepada kekayaan supaya dipandang tinggi dan berbangga dengan kekayaan material
Kekayaan harta benda dipandang tinggi dan hebat dalam masyarakat

Kurang didikan agama /moral

Kurang penghayatan ilmu agama / moral menyebabkan seseorang mudah terjebak dengan gejala sosial seperti rasuah
Akhlak yang mulia dan terpuji kurang diamalkan oleh masyarakat
Mereka kurang sedar tentang dosa dan pahala 

Karenah birokrasi

Karenah birokrasi telah menyebabkan rasuah berlaku
Urusan permohonan permit, tanah, dan lain-lain yang rumit menyebabkan mereka sanggup memberi rasuah kepada pegawai yang menguruskannya dengan cepat.

Sikap masyarakat yang berpersepsi negatif

Sikap masyarakat yang kurang memberikan kerjasama dan menganggap rasuah sebagai perkara biasa
Mereka kurang membuat laporan kerana tidak mahu menjadi saksi dalam perbicaraan di mahkamah.
Mereka juga menjadi mangsa ugutan dan sebagainya oleh pihak tertuduh

Mempunyai peluang dan kuasa untuk menerima rasuah

Mereka yang mempunyai kuasa dan peluang untuk melakukan kegiatan rasuah
Pekerjaan yang terdedah dengan unsur-unsur rasuah seperti polis, kastam, imigresen, dan pegawai - pegawai yang berkuasa untuk meluluskan lesen, permit, tender dan lain-lain lagi.


Langkah-langkah Pencegahan Rasuah


Penguatkuasaan undang-undang

Melalui penguatkuasaan undang-undang pencegahan rasuah seperti Akta Pencegahan Rasuah 1997
Denda lima kali nilai suapan atau RM 10 ribu atau mana-mana yang lebih tinggi

Kempen kesedaran

Kempen-kempen kesedaran tentang tanggungjawab warga yang baik untuk tidaj melakukan rasuah sama ada memberi atau menerima rasuah
Kempen-kempen yang dijalankan oleh kerajaan melalui media massa terutamanya media elektronik tentang keburukan rasuah kepada diri, keluarga dan negara. 

Didikan agama /moral

Didikan agama/moral penekanan kepada nilai-nilai murni harus diberi sejak kecil supaya mereka sedar tentang kesan-kesan negatif rasuah
Kurikulum di sekolah memberi penekanan kepada pelajar supaya mereka berasa benci dengan kegiatan rasuah seperti mana mereke membenci dadah

Tanggungjawab masyarakat

Masyarakat harus mempunyai rasa tanggungjawab untuk berkerjasama membanteras kegiatan rasuah yang berlaku
Mereka boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) atau polis
Mereka juga boleh menjadi saksi apabila proses pendakwaan dijalankan





Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berkerjasama dalam menangani kegiatan rasuah yang berlaku pada bila-bila masa dan tidak mengira tempat serta waktu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan