eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Jumaat, 17 April 2015

Esei Pengajian Am : Kenaikan Harga Barang (Inflasi)

kenaikan harga barang inflasi
Kenaikan harga barang keperluan akan menjejaskan perbelanjaan pengguna. Terdapat beberapa sebab harga barang keperluan meningkat. Apakah langkah yang boleh diambil oleh rakyat bagi mengatasi kesempitan kehidupan selepas kenaikan harga barang?





Sebab-sebab kenaikan harga barang


Kenaikan harga petrol

Petroleum merupakan bahan keperluan kenderaan dan kilang untuk mengerakkan jentera
Kenaikan harga petrol akan menyebabkan kenaikan kos pengeluaran dan pengangkutan
Kenaikan kos akan menyebabkan margin keuntungan pengeluar mengecil
Pengeluar terpaksa menaikkan harga keluaran mereka

Permintaan melebihi penawaran

Musim perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina, pengguna akan banyak berbelanja
Permintaan yang banyak akan menyebabkan pengeluar, menaikkan harga barang keperluan.
Sebagai contoh, harga ayam, daging, bahan-bahan membuat biskut dan lain-lain meningkat.
Pengguna berbelanja melebihi keperluan mereka turut menyebabkan peningkatan permintaan

Sikap peniaga mementing keuntungan

Peniaga kian mengambil kesempatan terutama apabila menjelang musim perayaan
Pelbagai teknik digunakan oleh perniaga bagi meraih keuntungan seperti memberi potongan harga palsu dan pemberian hadiah yang kononya menarik



Kesan Negatif Inflasi

Kuasa beli pengguna menurun

Harga barang yang meningkat menyebabkan pendapatan benar penduduk menurun. Hal ini demikian akan merendahkan kuasa beli pengguna.

Kerugian dari segi kewangan

Oleh sebab pendapatan benar yang kita terima menurun, kita mengalami kerugian dari segi kewangan. Hal ini boleh berlaku terutamanya kepada golongan berpendapatan tetap, pemiutang, dan orang yang menabung di institusi kewangan.


Peningkatan harga eksport dari harga import

Apabila inflasi berlaku dalam sesebuah negara, harga eksport akan meningkat sehingga lebih mahal dari harga import. Hal ini kerana import yang banyak  mengurangkan eksport. Seterusnya keadaan ini telah memburukkan imbangan pembayaran.

Pelaburan asing terjejas

Perningkatan jumlah import dan pengurangan jumlah eksport secara tidak langsung akan menjejaskan kadar pertukaran asing. Nilai mata wang dalam negara akan terjatuh sehingga menjejaskan pelaburan asing.

Kesan Positif Inflasi

Mengurangkan kadar pengangguran

Inflasi yang sederhana akan menggalakkan pelaburan dari firma-firma. Firma akan menambah penawaran agrega demi memenuhi pertambahan permintaan agregat. Pelaburan yang bertambah ini meningkatkan penggunaan guna tenaga. Oleh itu, hal ini dapat mengurangkan kadar pengangguran.



Langkah-langkah untuk mengatasi kenaikan harga barang


Akta Kawalan dan Akta Bekalan dikuatkuasakan

Barang-barang kawalan seperti ayam, daging, gula dan lain-lain lagi tidak boleh dinaikkan dengan sewenang-wenangnya tanpa persetujuan kerajaan.
Lesen perniaga yang engkar boleh ditarik balik seperti menyorokkan bekalan untuk menaikkan harga
Pengguna perlu melaporkan kepada pihak berkuasa
Pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang

Pengguna perlu Berjimat-cermat

Perbelanjaan harian perlu dirancang dengan rapi
Berbelanja mengikut keperluan dan bukan mengikut kemampuan
Pengguna tidak harus mudah terpengaruh oleh iklan
Pendapatan yang lebih elok disimpan untuk masa depan

Kesedaran Pengguna

Pengguna harus sedar tentang hak mereka
Sebagai contoh, berani melaporkan penyelewengan yang dilakukan oleh perniaga
Memboikot peniaga yang menaikkan harga barang dengan sesuka hati
Pengguna perlu sedar tentang keperluan sendiri dan ahli keluarga




Kesimpulannya, kerjasama semua pihak perlu digembleng bagi mengawal kenaikan harga barang keperluan seharian.


2 ulasan:

  1. I have checked your blog and i have found some duplicate content,
    that's why you don't rank high in google, but there is a tool that can help you to
    create 100% unique articles, search for: boorfe's tips unlimited content

    BalasPadam