eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Jumaat, 24 April 2015

Esei Pengajian Am : Pengangkutan Awam

sumbangan dan masalah dihadapi pengangkutan awam
Pengangkutan awam sangat diperlukan oleh sesebuah negara. Kelemahan dalam mengendalikannya akan menggangu perkembangan pembangunan negara tersebut. Apakah sumbangan pengangkutan awam dan masalah yang dihadapi dalam sektor pengangkutan awam?

 


 

Sumbangan atau kepentingan pengangkutan awam


 


Mengelakkan atau mengurangkan kesesakan lalu lintas


Penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan
Memberikan keselesaan kepasa orang ramai berurusan di bandar

Menjimatkan kos dan masa pengguna


Mengurangkan masa perjalanan dan masa berurusan dapat dipercepatkan
Tambang pengangkutan awam lebih murah berbanding penggunaan kenderaan persendirian

Membantu pembangunan ekonomi


Jaringan sistem pengangkutan yang cekap dapat memudahkan urusan dan perkhidmatan
Pemangkin pertumbuhan ekonomi dan industri kerana keyakinan pelabur asing untuk membuat pelaburan
Dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara ke arah negara maju berpendapatan tinggi

Mengurangkan kesan ke atas alam sekitar


Mengurangkan pelepasan asap kenderaan yang mengandungi gas beracun seperti karbon
Sebagai contoh, monoksida dan sulphur dioksida
Mewujudkan persekitaran yang mesra alam, tiada pencemaran udara, dan bunyi

Masalah yang dihadapi dalam sektor pengangkutan awam





Kekurangan infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam


Jumlah pengangkutan awam yang tidak mencukupi terutama bas.
Kekurangan kemudahan di stesen / terminal, hentian bas.
Kemudahan tidak diselenggara dengan baik.
Ketidakselesaan kepada pengguna.
Ketidakcukupan pengangkutan awam yang sedia ada.

Sistem pengangkutan awam yang tidak cekap


Sesetengah pemandu pengangkutan awam tidak menepati jadual.
Kekerapan perjalan tidak menentu menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang perjalanan mereka.
Seringkali tergendala akibat kecuaian pengurusan

Kepercayaan pengguna kepada pengangkutan awam


Kenderaan awam tidak mementingkan aspek keselesaan dan keselamatan
Sikap pemgurusan yang mengutamakan keuntungan daripada kebajikan pengguna



Kesimpulannya, pengangkutan awam amat perlu kepada rakyat jelata terutamanya earga kota. Kegagalan pihak kerajaan menangani masalah pengangkutan awam akan menyebabkan kepercayaan kepada kerajaan semakin terhakis.



2 ulasan: