eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Isnin, 27 April 2015

Esei Pengajian Am : Teknologi Hijau


Teknologi hijau merupakan jalan tepat kepada keresahan penduduk berikutan fenomena pemanasan global dan pencemaran alam sekitar masa kini. Fenomena ini turut mempengaruhi negara kita yang sememangnya perlu diatasi dengan segera demi kepentingan bersama.



Usaha-usaha mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar

Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui

Penghasilan tenaga elektrik secara hidro, angin, ombak, solar dan sebagainya
Sumber tenaga senang didapati, tidak pupus dan menjimatkan kos
Dapat mengurangkan pembakaran bahan bakar yang membebaskan karbon dioksida ke atmosfera

Mengelakkan pembakaran terbuka

Semua pihak harus mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti membakar pelbagai sisa secara terbuka
Kawalan melalui akta atau kempen kesedaran perlu diadakan dengan giat
Dapat mengatasi masalah pembebasan karbon dioksida ke atmosfera secara berlebihan

Aktiviti Kitar Semula

Menggunakan semula bahan terpakai seperti besi, plastik, kaca, kertas dan sebagainya
Mengelakkan kepupusan sumber dan masalah pembuangan sisa yang mengancam alam sekitar
Dapat mengekalkan alam sekitar yang bersih dang berudara segar

Penggunaan peralatan canggih

Menggunakan peralatan elektrik, kenderaan dan sebagainya yang dapat menjimatkan tenaga
Mengurangkan penggunaan bahan bakar yang membebaskan karbon dioksida ke atmosfera
Menggunakan hasil ciptaan sains dan teknologi yang tidak menjejaskan kualiti alam sekitar

Mengurangkan penggunaan bahan sukar luput

Menggunakan bekas sendiri semasa membeli-belah, berkelah dan membawa bekalan ke tempat kerja
Mengurangkan penggunaan dan pembuangan sisa pelbagai plastik
Perlulah memelihara alam sekitar daripada pencemaran bahan yangg sukar luput


Kesimpulannya, semua pihak haruslah menyokong keberkesanan aplikasi teknologi hijiau. Kesedaran yang menyeluruh perlu dipupuk demi membina dan mengekalkan sebuah kehidupan yang maju dan sejahtera.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan