eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Isnin, 31 Ogos 2015

Esei Pengajian Am: Penderaan Kanak-kanak

penderaan kanak-kanak

Penderaan kanak-kanak bermaksud sebarang perbuatan yang boleh mencederakan kanak-kanak secara sengaja atau tidak sengaja daripada segi fizikal, mental, emosi dan perkembangan kanak-kanak. Apakah faktor berlakunya penderaan kanak-kanak?


 

Faktor-faktor berlakunya penderaan kanak-kanak


 

Kemiskinan dalam sesebuah keluarga


Ibu bapa yang miskin mengalami tekanan ekonomi, tekanan dari tempat kerja oleh majikan dan juga keperluan keluarga
Tiada tempat bagi mereka melepaskan rasa geram kecuali kepada anak-anak mereka.
Majoriti golongan ini berpendidikan rendah dan tidak memahami psikologi anak mereka.
Anak-anak sebagai tempat melepaskan marah kepada ibu bapa mereka.


Faktor persekitaran



Cara bagaimana ibu bapa membesarkan anak-anak mereka menentukan sikap anak-anak pada masa hadapan.
Ibu bapa yang pernah dibesarkan dengan cara kekerasan berpendapat bahawa cara tersebut merupakan cara terbaik mereka mendisiplinkan anak-anak.
Kanak-kanak yang nakal dibelasah dan menjadi lebih degil mengakibatkan ibu bapa hilang pertimbangan lantas melakukan sesuatu yang boleh mencederakan si anak mereka.
Hal ini demikian akan membawa kepada kes pencederaan yang serius

Ibu bapa kahwin terlalu muda




Pasangan muda yang berkahwin muda kurang bersedia untuk memikul tanggungjawab mereka.
Terutamanya di bandar, suami yang pulang lewat bekerja akan meletakkan segala tanggungjawab kepada isterinya yang muda dan tidak berpengalaman untuk menjaga anak-anak yang nakal.
Tanpa ajaran daripada golongan tua, isteri yang muda tersebut akan mendidik anaknya tidak lain tidak bukan dengan memukul sahaja.
Akhirnya, kes penganiayaan yang serius boleh berlaku.



Faktor pengasuh




Kes pencederaan boleh berlaku akibat ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab mereka terhadap anak sendiri kepada penjaga atau pengasuh yang diupah.
Pengasuh yang tidak bertanggungjawab tidak diberi latihan atau kerap melakukan kesilapan dalam penjagaan kanak-kanak.
Sebagai contohnya, punca-punca seperti kelewatan membayar upah akan menyebabkan pengasuh melepaskan geram mereka ke atas kanak-kanak tersebut.

Penyakit sosial


Penyakit sosial adalah seperti mabuk dan judi juga mengakibatkan pencederaan kanak-kanak.
Bapa yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuh dan tambahan pula kalah berjudi , tidak akan kenal siapa anak dan isteri.
Kerap kali anak-anaknya dijadikan sasaran nutuk melepaskan perasaan geram hati.
Dalam keadaan yang tidak sedarkan diri itu, perkara yang lebuh serius pasti akan berlaku.

 





Kesan Penderaan Kanak-kanak


Kesan kepada pendera sendiri


Pendera berkemungkinan hanya dapat melakukan keganasan ke atas individu lain bagi melepaskan tekanan emosinya.
Oleh sebab demikian menyebabkan dirinya lebih cenderung untuk mengulangi perbuatannya. Pendera akan lebih cenderung untuk melakukan kes-kes penderaan yang lebih agresif dan melibatkan lebih ramai mangsa, dan merebak ke dalam masyarakat.

Kesan kepada Mangsa


Kesan buruk kepada fizikal dan mental mangsa

Penderaan menyebabkan kecederaan dari segi fizikal. Sebagai contohnya, luka di badan, kepala dan muka. Hal ini akan memberi kesan negatif khususnya terhadap masa depan mangsa apabila mereka dewasa nanti. Secara seriusnya, kecacatan fizikal boleh berlaku malahan ada sesetengah kes yang menyebabkan mangsa maut.

Mangsa tidak dapat membantah deraan secara paksa. Sudah tentu emosi mereka akan terjejas. Mangsa akan menerima tekanan emosi yang mendalam apabila seksaan berlaku dalam tempoh panjang. Mereka bersikap agresif,fikiran selalu terganggu, hilang kepercayaan ke atas diri sendiri. Hal ini demikian akan mempengaruhi kehidupan seharian. Apabila perkembangan emosi terjejas, perkembangan sahsiah turut terganggu.






      Kesimpulannya, jelaslah bahawa terdapat banyak faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya pencederaan kanak-kanak. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras gejala ini demi masa depan kanak-kanak tersebut.


4 ulasan:

  1. Isi yang matang. Esei yang bagus. Keep it up the good job!!

    BalasPadam
  2. Boleh tak sediakan punca dan kesan untuk karangan ini?

    BalasPadam
  3. 272839 352438Quite good post. I just stumbled upon your weblog and wanted to say that Ive truly enjoyed surfing about your weblog posts. Soon after all I is going to be subscribing to your feed and I hope you write once again quite soon! 78001

    BalasPadam