eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Sabtu, 29 Ogos 2015

Esei Pengajian Am: Sektor Pelancongan


Sektor pelancongan dapat membawa kepada peningkatan pendapatan sesebuah negara. Kerajaan harus menyediakan pelbagai kemudahan untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Apakah cabaran yang dihadapi sektor pelancongan di Malaysia ?

Cabaran yang dihadapi oleh sektor pelancongan


Kurangnya kawasan atau tempat yang menarik.


Kurang kawasan yang mempunyai pemandangan yang indah, pulau dan pantai yang memutih atau alam semula jadi yang menarik.

Kemudahan yang kurang lengkap


Infrastruktur yang kurang lengkap atau sempurna menyebabkan pelancong kurang berminat untuk melancong .
Pelancong lebih mengutamakan keselesaan dan keselamatan.

Politik atau keamanan yang tidak stabil


Keadaan dalam negara dari segi politik yang kurang aman akan menyebabkan pelancong rasa tidak selamat untuk melancong.
Pelbagai jenayah yang berlaku di Malaysia dan menyebabkan keselamatan negara tidak terjamin.

Suhu yang ketara


Suhu yang amat tinggi tidak sesuai untuk pelancong untuk melancong jauh atau dalam tempoh yang lama
Pelancong tidak sesuai untuk berehat.

Langkah-langkah untuk mengatasi



Menjamin keselamatan pelancong


Pihak polis perlu sentiasa mengawal keselamtan awam
Mengambil tindakan ke atas pesalah yang mengancam keselamatan atau melakukan perbuatan jenayah

Penyediaan prasarana yang lengkap


Kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit untuk menyediakan kelengkapan asas yang mencukupi untuk keselesaan pelancong
Dengan menyediakan kemudahan pengangkutan yang baik, pelancong mudah untuk bergerak ke destinasi yang diingini.
Hal ini demikian akan menggalakkan kedatangan pelancong asing

Mewujudkan persekitaran yang aman


Sentiasa memastikan kebersihan sekitar terutamanya tempat pelanconganRakyat perlu menjaga kebersihan.
Pembakaran terbuka harus dihentikan untuk memastikan udara tidak tercemar
Udara yang segar dan bersih dapat memberi kesenangan kepada pelancong untuk melancong.

Mempromosikan keindahan Malaysia ke luar negara


Menjalankan promosi ke luar negara
Mengedarkan risalah tempat-tempat menarik kepada warga asing.

Kerjasama dengan negara luar



Menjalin hubungan baik dan kerjasama dengan negara luar bagi menjamin kedatangan pelancong asing.
Melalui pertukaran pelajar dengan negara luar, dapat mempromosikan keistimewaan negara sendiri supaya menarik pelancong luar untuk datang ke sini



Kesimpulannya, masalah yang berlaku harus ditangani dengan segera. Semua pihak perlu komited dalam usaha meningkatkan kedatangan pelancong asing ke negara kita supaya perkembangan dari sektor pelancongan dapat menyumbang kepada kemajuan ekonomi.

4 ulasan:

  1. Tolong bagi karangan lengkap tntg sektor pelancongan sumber pendapatan .

    BalasPadam
  2. 547882 276740I got what you intend,bookmarked , really decent internet web site . 882134

    BalasPadam
  3. ... [Trackback]

    [...] There you will find 53008 more Infos: eseipa.com/2015/08/esei-pengajian-am-sektor-pelancongan.html [...]

    BalasPadam