eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Rabu, 9 September 2015

Esei Pengajian Am: Ajaran Sesat

Ajaran sesat banyak diamalkan oleh golongan yang cetek pengetahuan agamanya. Mereka mudah terpengaruh ajaran sesat yang kononnya alim dan warak.



Kesan Ajaran Sesat terhadap diri keluarga dan masyarakat


Tentangan agama
Apabila terpengaruh dengan ajaran sesat. seseorang itu akan terdedah dengan aktiviti -aktiviti yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Hal ini termasuk melakukan perbuatan -perbuatan syirik dan khurafat.
Sebagai contohnya, percaya kepada ibu duit, pemujaan kubur, memuja roh roh adalah perbuatan khurafat.



Minda terkongkong
Apabila seseorang itu telah terjebak dan mengikuti ajaran sesat, akan menyebabkan minda seseorang itu terkongkong malah tercetusnya perbuatan dan kelakuan yang tidak rasional kerana sikap tetaksuban mereka.


Perpaduan masyarakat tergugat
Perpaduan dalam masyarakat juga akan tergugat ekoran kegiatan ajaran sesat ini. Hal ini demikian boleh terjadi kerana berlakunya keganasan dan tindasan sesama sendiri kerana masing-masing ingin menjadi kumpulan yang unggul dan mencari pengaruh.



Kedamaian negara terjejas
Boleh berlakunya pertelingkahan dan perbezaan pendapat yang ekstrem sekiranya ajaran sesat tidak dibendung. Oleh hal yang demikian, rakyat hidup dalam ketakutan kerana kestabilan dan keamanan negara terancam.





Lupa tanggungjawab terhadap keluargaMengikut kumpulan ajaran sesat ini juga boleh menyebabkan seseorang itu lupa akan tanggungjawabnya terhadap keluarga kerana mempunyai sifat taksub dan melampau dalam beragama.
Lebih serius lagi akan menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan itu sendiri.





Kesimpulannya, umat Islam disarankan agar menjauhi golongan -golongan pelampau agama iaitu mereka yang bertindak keterlaluan dalam beragama.

2 ulasan:

  1. overall it was ok. keep it up. and do update more ya. its really help!

    BalasPadam