eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Jumaat, 18 September 2015

Esei Pengajian Am: Implikasi Pembangunan Terhadap Alam Sekitar

 Perkembangan sains dan teknologi memberi peluang kepada manusia untuk mengubah persekitaran dan memberi kesan kepada kehidupan dan persekitaran.

Kesan negatif terhadap alam sekitar


1. Pencemaran air

Kemusnahan kawasan tadahan hujan kerana aktiviti pembangunan.
Aktiviti penambakan laut dan pembalakan akan mencemarkan air.
Pembuangan sisa toksik dari kilang industri akan menyebabkan air tercemar.
Aktiviti pertanian yang menggunakan petisid dan herbisid -- mengalirkan air beracun ke dalam sungai.

2. Hakisan tanah dan tanah runtuh

Aktiviti penyahutanan atau penebangan pokok-pokok untuk tujuan pembangunan akan menyebabkan kawasan yang diteroka akan gondol atau lapang.
Struktur tanah akan menjadi longgar kerana kadar resapan air permukaan ke dalam tanah menjadi cepat.
Hal ini demikian akan menyebabkan tanah terdedah kepada agen-agen hakisan sehingga menyebabkan tanah runtuh.

3. Kemusnahan ekologi

Manusia mengubah ekologi melalui aktiviti penebangan, penambakan laut, dan pertanian termasuk memindah masuk haiwan spesis baharu ke sesuatu kawasan.
Aktiviti manusia akan mengubah bentuk asal kawasan kepada lanskap baharu.
Aktiviti penyahutanan akan merosakkan rantaian makanan dalam ekosistem hutan dan edaran nutrien.
Kehilangan nutrien akan menjejaskan tumbesaran tumbuh-tumbuhan.
Tuntasnya, biodiversiti akan terganggu.

4. Pemanasan global

Aktiviri manusia seperti perindustrian, pembakaran bahan bakar fosil , (daripada kenderaan), pembakaran terbuka, penggunaan alat pendingin hawa dan penurapan muka bumi memberi kesan negatif kepada persekitaran.
Penggunaan CFC akan menyebabkan penipisan lapisan ozon.
Suhu meningkat akibat peningkatan gas karbon dioksida.
Menghalang cahaya yang dipantul dari bumi dan memerangkap gas. Kawasan akan menjadi panas.

5. Banjir kilat

Pembangunan yang tidak terancang dan seimbang dengan pertambahan penduduk akn menimbulkan masalah sistem perparitan terutama di kawasa bandar.
Aktiviti pembuangan sisa ke dalam parit menyebabkan aliran tersekat dan berlaku limpahan air menyebabkan banjir kilat.
Banjir kilat akan menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda seperti kenderaan, perabot rumah, dan sebagainya.

6. Pencemaran udara

Peningkatan kawasan industi sudah pasti akan menyebabkan udara tercemar.
Gas tercemar dan beracun seperti karbon dioksida dan karbon monoksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang-kilang akan menyebabkan udara tercemar.
Udara yang tercemar akan menyebabkan manusia mudah mendapat penyakit seperti penyakit kulit dan asma.


    Kesimpulannya, semua bentuk pembangunan perlu dirancang supaya tidak menimbulkan masalah kepada kehidupan manusia.



1 ulasan:

  1. Amoxicillin For Uti cialis Biuy Viagra Online Does Amoxicillin Help A Boil

    BalasPadam