eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Sabtu, 12 September 2015

Esei Pengajian Am: Pemanasan Global

pemanasan global    Cuaca sekarang semakin panas. Kepanasan matahari semakin terik terutama pada waktu tengah hari. Manusia sering melakukan kerosakan di muka bumi, sehingga mendapat balasan pemanasan global berlaku.







Punca-punca pemanasan global


Penebangan hutan secara tidak terkawal

Penebangan hutan bagi tujuan pembangunan telah menyebabkan hutan terpaksa ditebang.
Hal ini demikian menyebabkan suhu yang meningkat.
Akhirnya pemanasan global berlaku. Agen oksigen telah pupus dan agen penyerap karbon dioksida juga semakin pupus.
Udara semakin panas akibat penebangan pokok-pokok yang tidak terkawal.


Penggunaan bahan bakar fosil secara berleluasa

Penggunaan kenderaan bermotor semakin meningkat begitu juga kilang-kilang banyak mengeluarkan asap.
Gas sulphur dioksida yang dikeluarkan daripada asap-asap kenderaan dan kilang akan menyebabkan hujan berasid ekoran pemanasan global berlaku.


Pencemaran industri

Pembuangan sisa-sisa toksid industri telah menyebabkan pencemaran air dan udara.
Udara tercemar dengan sulfur dioksida dan gas-gas karbon monoksida yang disebabkan oleh pembakaran yang dihasilkan oleh bahan kimia seperti plastik, polivinil klorida dan pakaian.

Penipisan lapisan ozon

Apabila lapisan ozon nipis atau bocor, cahaya matahari akan terus terpancar ke bumi.
Cahaya ultra lembayung (UV) akan menembusi lapisan ozon dan terus ke bumi.
Pancaran UV akan meningkatkan suhu bumi. Oleh itu , fenomena pemanasan global berlaku.



Kesan pemansan global


Pencairan ais di kutub

Kenaikan suhu boleh mencairkan ais di kutub dan meningkatkan paras air laut,
Risiko banjir besar boleh berlaku jika perkara itu berlaku, beberapa kepulauan kecil boleh tenggelam.
Beberapa kawasan lain yang beriklim panas pula menerima taburan hujan yang banyak tetapi tanah di situ menjadi cepat kering akibat peningkat suhu yang ketara.


Perubahan iklim

Perubahan arah angin dan arus menyebabkan bencana alam seperti ribut dan taufan.
Kejadian iklim ekstrem ini telah mengakibatkan kemarau dan banjir berlaku dengan tidak diduga seperti di Afrika. Hal ini mengurangkan penghasilan hutan dan pertanian.


Kesihatan manusia terjejas

Perubahan suhu boleh menyebabkan gelombang panas 'heatwave' di beberapa tempat dan penduduk kawasan tersebut terutamanya penduduk tua boleh mengalami 'heartstroke'.
Kekurangan air tawar dan kejadian banjir boleh menyebabkan air yang digunakan tercemar dan seterusnya mengakibatkan penyakit seperti cirit-birit.
Perubahan suhu yang ketara juga memberi kesan terhadap mutasi genetik dan akhirnya mengakibatkan penyakit barah.


Kegiatan harian manusia terganggu

Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan menangkap ikan dan haiwan akuatik lain.
Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga menyebabkan gangguan bekalan elektrik.
Penduduk yang tinggal di kawasan tanah di pinggir laut kadangkala perlu ditempatkan di kawasaan lain kerana banjir. Begitu tenatnya dunia sekarang yang tidak pernah henti-henti diterokai oleh manusia.
Walaupun begitu, pendekatan manusia dalam meneroka isi bumi amat bersalahan hingga memudaratkan bumi yang seolah-olah makin tidak selamat untuk manusia.




Kesimpulannya, pemanasan global menjejaskan bumi kita. Untuk membendung fenomena ini, kesedaran daripada semua pihak diperlukan.

3 ulasan:

  1. Thsnks for this note .. I love it..

    BalasPadam
  2. ... [Trackback]

    [...] Informations on that Topic: eseipa.com/2015/09/esei-pengajian-am-pemanasan-global.html [...]

    BalasPadam
  3. 115106 623971I like this post, enjoyed this one thanks for posting . 933749

    BalasPadam