eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Selasa, 8 September 2015

Esei Pengajian Am: Pemerdagangan Manusia (Orang)


Pemerdagangan orang adalah satu bentuk perhambaan di mana ia juga merupakan satu jenayah yang seharusnya dipandang serius oleh masyarakat pada masa kini. Pelbagai punca yang menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes pemerdagangan manusia.






Punca kes pemerdagangan manusia meningkat


1. Kuat kuasa undang-undang yang tidak berkesan

 Lokasi strategi seperti lapangan terbang pintu masuk sempadan atau pelaburan menjadi tumpuan agen-agen khas yang dilantik sindiket bagi berurusan dengan pihak berkuasa meneruskan aktiviti penyeludupan manusia.
Terdapat sesetengah pihak berkuasa yang diamanahkan untuk bertanggungjawab terhadap penjagaan sempadan, mengambil rasuah daripada sindiket dan bertindak memandang sebelah mata.

2. Kurang pendedahan mengenai jenayah penyeludupan manusia

Warga-warga asing yang berpendidikan rendah mudah ditipu oleh sindiket pemerdagangan manusia kerana mereka kurang tahu mengenai wujudnya sindiket pemerdagangan manusia ini.
Rakyat tempatan juga kurang memberi maklumat mengenai kewujudan jenayah ini kerana mereka juga tidak tahu bahawa jenayah ini sudah menjadi salah satu musuh negara yang berada pada tahap yang membimbangkan.

3. Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat

Permintaan guna tenaga buruh asing yang tinggi di Malaysia oleh majikan tempatan disebabkan faktor perbelanjaan yang murah.
Sesetengah rakyat asing  tertarik untuk datang ke Malaysia kerana dijanjikan peluang pekerjaan yang menghasilkan gaji yang lumayan, namun pada hakikatnya mereka ditipu dan diberi kerja sebagai hamba, pelacur dan buruh paksa.

4. Faktor sempadan yang luas

Malaysia mengalami masalah logistik dan sumber manusia dalam mengawasi persempadanan yang begitu panjang sehingga memudahkan aktiviti pemerdagangan manusia oleh sindiket.
Faktor ini turut melambatkan tindakan pengesanan sindiket yang membawa masuk orang yang didagang.


Kesan pemerdagangan manusia


1. Nama baik Malaysia terjejas


Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu pemerdagangan manusia mencemarkan imej negara di antarabangsa.
Isu ini menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.




2. Undang-undang dan keselamatan negara terancam


Kes-kes tertentu juga mencetuskan pertikaian diplomatik antara negara berhubung layanan terhadap mangsa penyeludupan.
Ia melibakan banyak pihak seperti di peringkat negara sumber, transit dan destinasi, sindiket antarabangsa, mangsa dan mereka yang bersuhabat, yang kesemuanya boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan sempadan.




3. Hubungan Diplomatik antara negara terjejas


Penyeludupan orang melanggar hak sesebuah negara dan isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara negara. Sebagai contohnya, Malaysia menjalin hubungan diplomatik yang erat dengan China.
Isu-isu seperti penderaan, pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat.




4. Masalah sosial meningkat dan penularan penyakit berjangkit


Pelbagai masalah sosial akan wujud dan bertambah merebak dalam masyarakat. Peningkatan jenayah berlaku. Hal ini disebabkan sebahagian besar manusia yang diperdagangkan ini terlibat dalam jenayah seperti pecah rumah, rompakan, sendiket dadah, dan sebagainya untuk mencari sumber kewangan. Sebagai contohnya, terdapat juga sebahagian daripada mereka yang bekerja sebagai pelacur bagi menampung keperluan hidup.
Bukan itu sahaja, penyakit berjangkit akan menular dalam masyarakat tempatan.  Hal ini demikian kerana sebahagian besar manusia yang diperdagangkan ini adalah berasal dari negara yang mundur seperti Afrika Tengah, India, dan lain-lain. Golongan tersebut mempunyai taraf kesihatan yang rendah dan kebanyakkannya menghidap penyakit berjangkit seperti tibi, virus HIV, dan AIDS. Pergaulan mereka dengan masyarakat tempatan di negara ini dibimbangi akan merebakkan penyakit-penyakit berbahaya.



Penutup


Kesimpulannya, isu pemerdagangan orang bukan sahaja dihadapi Malaysia, malah ia juga fenomena seluruh dunia. Semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang supaya keselamatan negara terjamin.

3 ulasan:

  1. Sila huraikan bahagian masalah sosial. Terima kasih atas isi-isi yang disebutkan.

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana mengunjung, harap dapat membantu :)

    BalasPadam