eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Jumaat, 4 September 2015

Esei Pengajian Am: Pertahanan Untuk Kedaulatan Negara

Pertahanan Untuk Kedaulatan Negara
     Pertahanan negara yang kukuh amat penting untuk memastikan rakyat hidup bebas, aman dan sejahtera. Tanpa pertahanan, negara akan mengalami peperangan dan tidak aman. Namun, pelbagai cabaran yang dihadapi dalam memperkasakan pertahanan negara.






Usaha memperkasakan pertahanan negara


Mengutamakan perpaduan dan integrasi perpaduan

Semangat bersatu padu akan menjadikan rakyat sebagai satu pasukan keselamatan.
Kekuatan dalam perpaduan seperti pepatah bersatu teguh, bercerai roboh.
Semangat ini megelakkan rakyat dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang bertujuan memusnahkan kedaulatan negara.
Tuntasnya, faktor bersatu padu meningkatkan pertahanan negara.


Semangat patriotisme

Semangat patriotik dalam kalangan anak watan dapat menjadi penggerak untuk setiap rakyat mempertahankan negara.
Rakyat negara perlu mempunyai semangat ini kerana mereka memangkinkan pembinaan bangsa Malaysia
Rakyat perlu ada semangat tidak rela dijajah untuk mempertahankan kedaulatan negara.



Memperkasakan pasukan keselamatan negara

Pasukan keselamatan negara harus dilengkapi dengan peralatan-peralatan yang paling moden untuk menunjukkan keseriusan negara mempertahankan kedaulatan negara.
Pasukan keselamatan perlu ditingkatkan dari aspek fizikal, emosi mahupun mental.
Mereka harus sentiasa bersiap sedia untuk menangkis sebarang pencerobohan dan ancaman.
Kepakaran dan kemahiran teknikal pasukan keselamatan mesti sentiasa ditambah baik.


Cabaran yang dihadapi


Kebanjiran warga asing

Lebih dua juta orang pekerja asing pada masa kini di negara kita.
Mereka ini tidak mempunyai kesetiaan kepada negara.
Sekiranya terlampau banyak menjadi satu ancaman kepada negara.
Rakyat berasa tidak selamat kerana banyak jenayh yang berlaku melibatkan pekerja asing.
Kemasukan pekerja asing akan membawa masuk budaya mereka yang boleh mengancam budaya tempatan yang bernilai tinggi.



Pengaruh dan campur tangan kuasa aing

Tindakan pengintipan oleh kuasa asing boleh berlaku.
Mereka menggunakan alasan memartabatkan hak kebebasan asasi
Mempergunakan media massa untuk menyampaikan mesej berunsur antikeamanan
Dan mempergunakan anggota politik untuk menyokong tentangan terhadap pemerintah



Wujudnya golongan pelampau

Wujud golongan yang berfikiran sempit dan hanya mementingkan diri sendiri atau kaum sendiri tanpa melihat kepada sesuatu dengan lebih luas, iaitu untuk kepentingan nasional.
Tuntutan melampau untuk kaum tertentu menyebabkan ketidakselesaan kaum-kaum lain.
Terdapat juga gerakan pelampau yang mirip pengganas yang boleh menggugat keamanan negara.



    Kesimpulannya, setiap individu perlu mempertahankan keamanan dan kebebasan dengan apa-apa jua cara. Pertahanan negara tidak boleh diperlekehkan oleh negara lain.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan