eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Jumaat, 18 September 2015

Esei Pengajian Am: Sektor Pertanian

Sektor pertanian

    Sektor pertanian negara semakin bertambah maju dengan perhatian khusus yang telah diberi oleh pihak-pihak yang berkenaan. Sumbangan besar telah diberi kepada pendapatan negara.








Faktor-faktor majunya sektor pertanian negara


1. Produk hiliran

Negara kita mempunyai keupayaan menghasilkan pelbagai produk hiliran.
Malaysia merupakan pengeluar getah dan kelapa sawit yang terbesar di dunia.
Pelbagai produk hiliran boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan mentah yang dikeluarkan seperti tayar, sarung tangan, dan plastik.
Produk yang dikeluarkan oleh industri hiliran ini bermutu tinggi dan menyebabkan permintaan terus meningkat di seluruh negara.


2. Penggunaan teknologi moden

Pelbagai jentera moden telah digunakan untuk memajukan sektor pertanian, penternakan, dan perikanan.
Penggunaan teknologi moden telah berjaya menghasilkan baka padi, kelapa sawit, dan getah yang bermutu tinggi seperti mempunyai daya rintangan terhadap penyakit yang lebih tinggi.
Hal ini demikian telah berjaya meningkatkan pengeluaran hasil-hasil pertanian negara.Selain itu, pelbagai penyelidikan dan pembangunan telah giat dijalankan oleh pihak berkuasa seperti FORIM dan RISDA.


3. Dasar-dasar kerajaan

Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar bagi meningkatkan sektor pertanian supaya setanding dengan sektor-sektor lain seperti Dasar Pertanian Negara Ketiga yang memberi tumpuan untuk meningkatkan daya saing sektor pertanian.
Dasar Agromakanan juga telah diperkenalkan secara tidak langsung dapat memajukan sektor pertanian negara.
Pelbagai bantuan dan subsidi telah diberi kepada petani untuk meningkatkan hasil pengeluaran mereka seperti bantuan baja. racun, bernih yang bermutu tinggi dan lain-lain.
Kursus khas dan latihan juga ditawarkan kepada para petani yang berminat untuk mengusahakan pertanian seperti pertanian hidroponik.


4. Faktor iklim dan tanah

Malaysia mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun.
Oleh sebab itu, pertanian amat sesuai untuk dijalankan.
Bekalan sawah air sepanjang tahun memudahkan sistem pengairan ke kawasan pertanian seperti kawasan sawah padi yang memerlukan banyak air.
Tanah yang subur dan sesuai dengan pelbagai jenis tanaman tropika juga banyak membantu kejayaan bidang pertanian.



Penutup

      Kesimpulannya, semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing untuk kejayaan sektor pertanian negara agar ekonomi negara sentiasa berkembang maju.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan