eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Isnin, 12 Oktober 2015

Esei Pengajian Am : Pendatang Tanpa Izin (PATI)

Kemasukan banyak pendatang tanpa izin ini telah banyak mewujudkan keadaan yang tidak selamat dan tenteram oleh sebab mereka telah banyak menimbulkan masalah kepada negara dan rakyatnya.



Masalah yang ditimbulkan oleh PATI


1. Pertambahan berlakunya jenayah

Banyak PATI terlibat dengan aktiviti jenayah seperti rompakan, rogol, pembunuhan, pengedaran dadah, dan sebagainya.
Kebanyakan PATI tersebut melarikan diri ke Malaysia sebagai tempat perlindungan setelah mereka melakukan jenayah di negara mereka.
Keadaan ini tentunya menimbulkan rasa tidak selamat dan imej Malaysia akan terjejas di mata dunia.
Tuntasnya, kadar jenayah di negara ini akan meningkat disebabkan kemasukan PATI.


2. Penyebaran penyakit berbahaya

PATI memasuki negara ini tanpa menjalani pemeriksaan kesihatan.
Keadaan sebegini menjadikan penyakit-penyakit berbahaya sukar dikesan.
Sebagai contohnya, penyakit seperti AIDS, batuk kering, penyakit kelamin dan lain-lain.
PATI yang berpenyakit ini akan bergaul bebas dengan rakyat Malaysia dan secara tidak langsung akan menyebarkan penyakit-penyakit tersebut kepada rakyat Malaysia.


3. Masalah setinggan timbul

PATI juga akan menimbulkan masalah petempatan.
Mereka akan mendirikan kawasan perumhan secara haram di kawasan tanah kerajaan dan kawasan hutan simpan yang berhampiran dengan tempat kerja mereka.
Hal ini demikian akan memburukkan imej negara dan menimbulkan masalah lain seperti peningkatan kadar jenayah dan pencemaran alam sekitar.


4. Hak rakyat tempatan terjejas

Kemasukan PATI akan menjejaskan peluang untuk rakyat tempatan mendapatkan kerja kerana majikan lebih suka mengupah PATI kerana upahnya lebih murah.
Mereka bukan sahaja bekerja dalam sektor perladangan,pembinaan, dan pembantu rumah malah juga bekerja dalam sektor perniagaan secara kecil-kecilan seperti gerai makan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik, dan sebagainya.
Malaysia rugi kerana mereka tidak membayar cukai pendapatan dan wang yang mereka peroleh akan dihantar ke negara masing-masing.



Langkah-langkah untuk mengatasi masalah PATI 


1. Peranan Masyarakat

Masyarakat harus berperanan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat majikan yang mengupah PATI.
Sesetengah majikan lebih suka menggaji PATI kerana kosnya lebih murah berbanding pekerja secara sah atau pekerja tempatan.
Sebagai contohnya, terdapat sesetengah majikan di kawasan pedalaman berkemungkinan mengambil PATI kerana kosnya yang rendah dan jauh dari pemantauan pihak berkuasa.
Oleh itu, masyarakat perlu peka terhadap isu PATI dengan memberi perhatian kepada persekitaran.

2. Kerjasama dengan negara lain

Kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan negara lain hendaklah dieratkan lagi bagi membanteras kemasukan PATI ke Malaysia secara berleluasa.
Dengan adanya hubungan sedemikian, sekatan dan kawalan yang ketat boleh diadakan di pintu masuk Malaysia dan negara mereka dengan berjayanya.
Hal ini demikian akan mengurangkan kemaskan PATI ke Malaysia.

3. Pelaksanaan Program 6P


Pelaksanaan program 6P iaitu pendaftaran, pemutihan, penguatkuasaan, pengusiran, penguatkuasaan, pengusiran, pemantauan, dan pengampuan oleh kerajaan.
Program tersebut dilaksanakan adalah untuk tujuan mendapatkan anggaran statistik jumlah PATI yang berada di Malaysia dan mengumpul maklumat peribadi mereka termasuklah data biometrik.
Kerajaan juga dapat mengenalpasti keperluan jumlah pekerja yang diperlikan oleh setiap sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing di negara ini.
Dengan itu, langkah untuk mengatasi kemasukan PATI dapat dirancang dan dilaksanakan dengan segera.


 Kesimpulannya, pihak kerajaan pelu mengambil suatu pendekatan yang berhemah bagi menangani masalah tersebut supaya ketenteraman negara mampu dikekal.



1 ulasan:

  1. I see your website doesn't rank in google's top 10, but your
    articles can get into top 10. You should find the right longtail
    keywords before you write a post. How to find super
    easy longtail keywords? Search in google for: Fasrixo's tools

    BalasPadam