eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Sabtu, 24 Oktober 2015

Esei Pengajian Am : Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

      Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mencapai satu tahap di mana ICT telah menampakkan pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia. Perkembangan ICT telah membawa kesan positif dan negatif kepada negara.






Kesan-kesan Positif Teknologi Maklumat dan Komunikasi


1. Sistem pentadbiran lebih cekap


Sistem pentadbiran menjadi lebih cekap dan berdaya saing seiring dengan negara-negara maju yang lain.
Setiap urusan dengan jabatan-jabatan kerajaan dipermudah dan dipercepat seperti e-pendaftaran, e-kerajaan, e-perolehan, e-cukai, dan sebagainya.
Pengguna dengan mudah dapat mengakses maklumat dalam pelbagai perkara.


2. Meningkatkan hubungan perdagangan


Teknologi maklumat dan komunikasi telah merancakkan lagi aktiviti perniagaan di seluruh dunia melalui internet.
Pengguna dapat membeli barangan dari seluruh dunia tanpa mengira masa dan jarak.
Pemindahan wang dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.
Hal ini demikian juga akan merangsang peningkatan ekonomi negara.


3. Memudahkan urusan harian


Bayaran bil utiliti, pinjaman, pemindahan wang, jual beli barangan keperluan, dan lain-lain lagi dapat dilakukan melalui internet.
Pengguna tidak perlu beratur panjang, menjimatkan masa, tiada masalah parkir, dan tiada kos pengangkutan.


4. Penting dalam bidang perubatan


Melalui Tele-perubatan, pesakit dalam keadaan tertentu tidak perlu berjumpa dengan doktor.
Pesakit hanya perlu memberitahu doktor simpton yang dihadapi dan doktor memberitahu ubat atau rawatan yang perlu dijalani.
Pelbagai maklumat tentang penjagaan kesihatan, penyakit dan ubat-ubatan, makanan, dan lain-lain lagi boleh diakses melalui internat.



5. Meningkatkan bidang pendidikan

ICT mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang pendidikan negara.
Pelbagai maklumat boleh diakses pada bila-bila masa dan ini memudahkan pelajar mendapatkan maklumat.
Pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lebih menarik perhatian para pelajar.



Kesan-kesan Negatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi


1. Jenayah perdagangan

Penipuan kad kredit dengan mencuri identiti seseorang telah menyebabkan rakyat Malaysia kerugian beratus juta ringgit setahun.
Jualan palsu juga telah menyebabkan banyak yang tertipu dengan e-dagang.
Barangan yang diterima tidak menepati kualiti seperti yang diiklankan.



2. Penggodaman laman web

Pencerobohan masuk sistem organisasi seperti maklumat sulit negara dan akaun bank serta sistem pertahanan akan mengancam keselamatan negara.
Pencerobohan tersebut akan menyebabkan keselamatan negara dalam keadaan bahaya kerana maklumat sulit tidak boleh disebarkan keluar.


3. Penyebaran fitnah

Penyebaran fitnah akan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain.
Hal ini demikian merupakan perbuatan mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara.
Penyebaran fitnah juga akan menjejaskan keluarga, organisasi, dan negara.


4. Pembawa budaya negatif

Pelayaran laman-laman web tidak bermoral seperti laman web lucah akan memberi kesan negatif kepada perkembangan minda dan fizikal manusia.
Laman-laman web tersebut juga menjadi pendorong kepada meningkatkan kejadian jenayah seksual dalam kalangan remaja.


5. Leka dengan ICT

Pengguna akan leka menggunakan ICT sebagai hiburan seperti laman muka buku (Facebook).
Para pelajar akan membuang masa dengan melayari laman sosial tersebut dan mengabaikan pelajaran mereka.
Para pekerja juga membuang masa dan mengabaikan tugas mereka. Hal ini tentunya akan menjejaskan produktiviti pekerja.



      Kesimpulannya, teknologi maklumat dan komnikasi adalah agen perubahan yang besar ke atas aspek politik, ekonomi, dan sosial. Teknologi tersebut membawa kesan positif dan negatif.




1 ulasan:

  1. Every weekend i used to pay a visit this web
    page, as i want enjoyment, as this this website conations really pleasant funny stuff too.

    BalasPadam