eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Khamis, 12 November 2015

Esei Pengajian Am : Biodiversiti


Biodiversiti adalah pelbagai bentuk hidupan di muka bumi ini. Biodiversiti memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan negara secara lestari.



Kepentingan Biodiversiti di Malaysia


Penjana sumber ekonomi

Biodiversiti yang diurus secara mapan boleh mendatangkan pendapatan yang tinggi kepada negara.
Pendapatan negara yang meningkat penting untuk pembangunan negara.
Oleh itu, biodiversiti perlu dijaga dengan baik.
Sebagai contohnya, hasil balak, ikan di laut dan tumbuh-tumbuhan, organisme berpotensi dijadikan bahan industri atau ubat-ubatan.

Jaminan bekalan protein

Salah satu sumber biodiversiti adalah sumber makanan daripada laut, tasik dan sungai.
Jika laut, tasik dan sungai ini tidak dijaga dengan baik, kepelbagaian biologi di dalamnya, yang juga menjadi makanan kita ini akan terganggu.

Sumber rekreasi dan pekerjaan

Sumber pendapatan yang disumbangkan melalui pengekalan biodiversiti adalah tinggi.
Sebagai contoh, melalui ekopelancongan.
Hal ini demikian dapat memberikan sumber pekerjaan kepada penduduk.
Kawasan hutan yang redeapat pelbagai kehidupan juga menjadi tempat rekreasi kepada penduduk, contohnya Taman Negara.



Penstabil ekosistem alam sekitar

Biodiversiti berfungsi penting dalam memastikan alam sekitar negara atau tempat itu terus stabil dan tidak tercemar.
Sebagai contoh, dengan adanya hutan yang dijaga baik, kita dapat memperoleh sumber air yang bersih di samping memastikan udara bersih dan suhu panas yang tidak meningkat secara begitu mendadak.


Pengekalan habitat

Pemeliharaan corak kehidupan asal semua tumbuhan dan haiwan ini, termasuk kawasan ekosistem seperti hutan, batu karang dan tanah paya banyak mempengaruhi keadaan persekitaran dan cuaca.



Penutup


      Kemusnahan atau kepupusan salah satu daripada unsur dalam biodiversiti ini akan menyebabkan perjalanan kehidupan ini akan terganggu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan