eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Selasa, 10 November 2015

Esei Pengajian Am : Globalisasi

globalisasi
Globalisasi merupakan satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh manusia di dunia ini.






Kesan Positif Globalisasi

Wujud hubungan yang erat antara negara

Hubungan yang erat dengan negara-negara lain dapat menjamin keselamatan negara dari ancaman luar.
Bukan itu sahaja, kerjasama dalam pelbagai bidang juga dapat diwujudkan seperti politik, ekonomi, dan sosial.
Pelbagai isu antarabangsa dapat ditangani bersama seperti isu alam sekitar, hak asasi manusia, pemerdagangan manusia dan sebagainya.

Perkembangan Sistem Pendidikan negara

Sistem pendidikan negara akan terus berkembang maju dengan adanya internet.
Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau di luar negara.
Rakyat Malaysia dapat mengakses pelbagai maklumat berguna dalam pelbagai bidang untuk kebaikan mereka seperti bidang perubatam. makanan berkhasiat dan pelbagai isu semasa.
Rakyat Malaysia juga dapay berinteraksi dengan penduduk di seluruh dunia dan bertukar-tukar maklumat dalam pelbagai bidang.

Ekonomi negara terus berkembang

Perdagangan bebas, pengaliran modal asing ke Malaysia wujud di negara ini dan hal ini menggalakkan persaingan dan perluasan pasaran.
Kemasukan buruh mahir dan separa mahir ke Malaysia akan mempercepatkan kemajuan negara.
Sebagai contohnya, syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga meningkatkan pelaburan mereka ke seluruh dunia seperti Syarikat Telekom Malaysia dan Maybank.

Pemindahan Teknologi

Teknologi memainkan peranan penting dalam era globalisasi.
Hal ini demikian kerana pemindahan teknologi akan membantu mempercepat kemajuan Malaysia dalam pelbagai bidang.
Teknologi baharu seperti teknologi nano, bioteknologi, teknologi maklumat dan lain-lain akan mendominasikan kehidupan manusia akan datang dalam era globalisasi.

Kesan Negatif Globalisasi


Campur tangan dalam hal negara lain

Campur tangan atau bantuan kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk menggulingkan kerajaan sedia ada sperti negara Afghanistan, Libya, Iraq, Sudan, Mesir dan lain-lain atas alasan mereka menggunakan senjata nuklear atau bersikap kuku besi.
Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara-negara maju terhadap seteru mereka.
Penggodaman sistem pertahanan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara.
Akibatnya, keselamatan negara diancam.

Peningkatan gejala sosial

Pengamalan seks bebas, bersekedudukan, pembuangan bayi, minuman keras, budaya rock dan lepak yang menonjolkan budaya barat yang akhirnya melahirkan remaja yang rosak akhlaknya.
Dalam sistem pendidikan akan berlaku peminggiran penggunaan bahasa Melayu dan mengutamakn penggunaan bahasa Inggeris.
Remaja mementingkan budaya hedonism dan hibur-hiburan yang menonjolkan budaya barat yang bertentangan dengan budaya tempatan.

Ancaman ke atas ekonomi negara

Penguasaan syarikat-syarikat multinasional meyebabkan syarikat-syarikat kecil terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu bersaing dengan mereka dalam dan luar negara.
Produk tempatan tidak lagi dilindungi dan terpaksa bersaing dengan produk luar negara dan ini memberikan ancaman kepada industri kecil dan sederhana (IKS).
Serangan mata wang Malaysia dan manipulasi pasaran saham menyebabkan nilai mata wang dan saham Malaysia jatuh teruk. Hal ini demikian akan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia.

Penyalahgunaan teknologi moden

Penyalahgunaan teknologi akan membahayakan manusia seperti teknologi nuklear yang dibuat senjata nuklear ataupun kebocoran tenaga nuklear.
Teknologi pembuatan senjata moden telah banyak memusnahkan kehidupan manusia berbanding kebaikannya.
Pengintipan yang dilakukan oleh negara maju melalui satelit untuk mendapatkan maklumat negara-negara seteru mereka juga berlaku.




Kesimpulannya, cabaran globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahun melalui ilmu dan kemahiran.

6 ulasan:

  1. teach me more about PENGAJIAN AM

    BalasPadam
  2. thanks for this

    BalasPadam
  3. I have checked your page and i have found some duplicate content, that's why you don't rank high in google's search results, but there
    is a tool that can help you to create 100% unique articles, search for; Boorfe's tips unlimited content

    BalasPadam
  4. I have checked your website and i've found some duplicate
    content, that's why you don't rank high in google, but there is a tool that can help you to create 100% unique content, search for:
    Boorfe's tips unlimited content

    BalasPadam
  5. I have checked your website and i have found some duplicate content, that's
    why you don't rank high in google's search results, but
    there is a tool that can help you to create 100% unique articles, search for; Boorfe's tips unlimited content

    BalasPadam
  6. I have checked your website and i've found some duplicate content, that's why
    you don't rank high in google's search results, but there is a tool that can help you
    to create 100% unique articles, search for; Boorfe's tips unlimited content

    BalasPadam