eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Isnin, 16 November 2015

Esei Pengajian Am: Jalan Raya


Kemajuan dalam bidang ekonomi memberi peluang kepada rakyat menikmati kemudahan awam yang disediakan seperti jalan raya. Kemudahan ini memberi kesenangan dan dapat digunakan untuk meningkatkan kemajuan negara dan diri sendiri.





Kepentingan Jalan Raya

Pengangkutan utama

Kemudahan jalan raya memudahkan orang ramai ke destinasi dan menjalankan tugasan harian dengan cepat.
Hal ini juga mempercepat penghantaran barangan dari kilang ke pelabuhan dan premis perniagaan.
Secara tidak langsung dapat menjana kegiatan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Sumber pendapatan organisasi dan negara

Pembayaran cukai kenderaan.cukai kutipan tol dan cukai pengangkutan kargo daripada syarikat perdagangan.
Dapat mewujudkan pekerjaan berkaitan sistem pengangkutan seperti bas awam dan kargo.
Kontrak membina jalan raya dan laluan bertingkat.
Kontrak penyelenggaraan jalan raya dari semasa ke semasa.




Masalah yang dihadapi

Kesesakan jalan raya

Pertambahan penduduk dan kuasa beli yang tinggi menyebabkan bilangan kereta di jalan raya meningkat.
Sistem jalan raya yang kurang sempurna seperti saiz jalan, tiada papan tanda, kerosakan jalan.
Sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya seperti cara meletak kenderaan selalunya menimbulkan kesusahan.

Kemalangan jalan raya

Sikap dan kecuaian pengguna jalan raya menyebabkan kemalangan berlaku.
Mereka memandu tidak berhemah dan memandu mengikut perasaan dan emosi.
Jalan rosak dan kurang papan tanda akan mengelirukan pengguna jalan raya.
Kemalangan jalan raya meragut nyawa dan membimbangkan pengguna yang lain.

Bayaran tol lebuh raya sentiasa meningkat

Pengguna dibebankan dengan bayaran tol yang sentiasa meningkat.
Hal ini demikian akan meningkatkan kos hidup rakyat dan menyulitkan perbelanjaan harian.
Ia juga adalah bebanan kepada pengguna yang terpaksa menggunakan laluan bertol setiap hari.



Langkah penyelesaian masalah di jalan raya

Penguatkuasaan undang-undang

Undang-undang yang lebih ketat patut digubal bagi membolehkan pesalah jalan raya sedar akan kesalahan mereka.
Pihak tertentu harus lebih teliti dalam pengeluaran lesen terutama kenderaan awam.

Membaik pulih jalan raya

Jalan yang rosak patut dibaiki dengan segera supaya pemandu dapat memandu dalam keadaan yang baik dan selamat.
Jabatan kerja raya patut memeriksa jalan rosak dan segera menjalankan tugas membaik pulih.
Pembinaan lorong berasingan antara motor kereta dan motorsikal diperlukan untuk mengelakkan kesesakan dan kemalangan berlaku.

Kempen kesedaran

Kempen kesedaran patut dilaksanakan bukan sahaja di kalangan pelajar malahan masyarakat juga sedar akan tanggungjawab mereka sebagai pengguna jalan raya.
Pihak kementerian pendidikan boleh menjadikan keselamatan jalan raya sebagai subjek di sekolah.
Dengan itu, pelajar di sekolah akan lebih jelas bahawa keselamatan di jalan raya amatlah penting dan perlu dijaga.



Kemudahan yang disediakan alan memberi kesan negatif sekiranya pengguna tidak menguruskannya dengan cara yang betul dan rasional. Semua pihak harus bekerjasama menjaga keselamatan di jalan raya supaya kemalangan tidak berlaku dan negara tidak kehilangan belia iaitu aset penting bagi negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan