eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Jumaat, 20 November 2015

Esei Pengajian Am : Jenayah Bukan Indeks


Jenayah bukan indeks ialah jenayah seperti rasuah, pemalsuan wang, penipuan kad kredit dan penyelewengan. Terdapat beberapa sebab berlakunya jenayah bukan indeks. Langkah drastik perlu diambil segera untuk mengatasi jenayah tersebut.




Punca-punca berlakunya jenayah bukan indeks


Sikap materialistik

Seseorang yang bersikap ingin mewah dalam kehidupan dan malas berusaha mudah terjebak dalam jenayah bukan indeks.
Kekayaan melambangkan imej dan kebanggaan masyarakat moden dengan pelbagai kemewahan seperti rumah besar, kereta besar, syarikat, dan saham-saham syarikat.
Sikap tamak dan mengikut nafsu haloba juga salah satu ciri sikap materialistik yang menyebabkan seseorang itu melakukan jenayah bukan indeks.


Kurang penghayatan terhadap agama

Lemahnya iman dan pegangan agama menyebabkan mereka melakukan penyelewengan, penipuan dan pelbagai jenayah bukan indeks.
Sudah menjadi kebiasaan dalam hidup mereka dan mereka tidak berasa salah melakukanya.
Tiada keinsafan langsung ketika melakukan jenayah bukan indeks.


Kurang pemantauan atau kawalan pihak berkuasa

Kakitangan yang kurang menyebabkan pihak berkuasa sukar melaksanakan undang-undang dengan tegas untuk membanteras pelaku jenayah bukan indeks.
Sukar untuk membanteras sepenuhnya kerana pengamal jenayah bukan indeks menggunakan teknologi moden yang sukar dikesan.
Terdapat pengawal yang belot menyebabkan penguatkuasaan undang-undang gagal.



Pendapatan yang rendah

Gaji yang rendah menyebabkan mereka melakukan rasuah dan pecah amanah.
Mereka berbuat demikian kerana untuk menampung kos hidup yang semakin tinggi terutamanya di kawasan bandar.
Pelbagai keperluan hidup seperti rumah, kenderaan, makan minum dan keperluan anak-anak sekolah semakin meningkat.
Kenaikan harga barang dan keperluan hidup yang lain lebih memberi tekanan kepada mereka untuk melakukan rasuah, pecah amanah, dan penyelewengan.




Langkah mengatasi jenayah bukan indeks


Penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan berterusan

Hukuman yang lebih lberat harus dikenakan ke atas pelaku jenayah bukan indeks.
Pihak berkuasa perlu mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang melakukan penipuan dan pecah amanah.
Membawa pesalah di mahkamah untuk tindakan yang sewajarnya.
Tingkatkan pemantauan dan rondaan dengan menambah bilangan kakitangan yang mahir dalam teknologi maklumat.


Peranan pihak berkuasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis perlu melakukan tugas mereka dengan amanah, jujur dan tegas.
Agensi-agensi kerajaan tang terdedah kepada rasuah seperti kastam, imgresen, polis dan lain-lain perlu penyediaan yang lebh ketat.
Dalam institusi kewangan, kelemahandalam transaksi wang perlu diatasi dengan segera.
Prosedur kerja perlu dikemaskinikan.


Peningkatan mutu perkhidmatan pihak berkuasa

Anggota polis dan badan pencegah rasuah iaitu SPRM perlu ditambah.
Anggota yang mahir diperlukan keran jenayah bukan indeks merupakan mereka yang professional dalam bidang mereka.
Anggota yang mahir dapat mengesan penyelewengan yang amat halus dan sukar dikesan.
Menghantar pihak berkuasa berkursus untuk meningkatkan kepakaran mereka dalam bidang-bidang tertentu.


Didikan agama/ moral

Pegangan agama yang kuat dapat memupuk nilai kejujuuran dan amanah.
Mereka akan taat kepada Tuhan dan takut kepadaNya sekiranya berbuat salah.
Pegawai-pegawai perlu dihantar berkursus atau motivasi untuk menyedarkan tentang tanggungjawab mereka terhadapa agama, bangsa dan negara.



Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras gejala jenayah bukan indeks supaya negara aman damai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan