eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Selasa, 17 November 2015

Esei Pengajian Am: Kestabilan Serantau

kestabilan serantau
Kestabilan kawasan serantau amat penting untuk Malaysia terus maju dan mampu bersaing pada peringkat global. Pelbagi faktor yang menjadi ancaman kepada kestabilan serantau dan langkah perlu diambil untuk mewujudkan kestabilan serantau.






Faktor-faktor yang memberi ancaman kepada kestabilan serantau

Pergolakan yang berlaku di kawasan serantau

Pergolakan politik di Indo-China telah menyebabkan Malaysia menentang keras serangan Vietnam ke atas Kampuchea.
Serangan tersebut secara tidak langsung telah mewujudkan suasana yang tidak aman di kawasan serantau.
Selain itu, begitu juga konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja telah menyebabkan peperangan meletus dan menjadikan kawasan serantau tegang.



Tuntutan bertindih

Tuntutan bertindih antara negara juga menyebabkan kestabilanserantau terjejas.
Sebagai contoh, Sabah masih dituntut oleh Filipina berdasarkan sejarah pemilikan sebahagian Sabah oleh Kesultanan Sulu.
Malaysia juga turut terbabit dalam menuntut beberapa buah pulau seperti Kepulauan Spratly bersama lima negara lain iaitu China,Taiwan,Vietnam,Filipina dan Brunei.
Tuntutan-tuntutan bertindihh tersebut sebenarnya telah menjejaskan hubungan baik antara negara yang seterusnya mengancam kestabilan serantau.


Kegiatan Lanun

Kegiatan lanun di perairan negara juga mengancam kestabilan serantau.
Kumpulan lanun tersebut akan menyerang bot-bot nelayan dan merampas kelengkapan yang ada, menyerang perkampungan yang terdapat di pulau-pulau dan pesisir pantai dengan menggunakan senjata berbahaya, menculik tebusan untuk mendapatkan wang tebusan, melakukan rompakan di darat atau di laut dan kemudian melarikan diri ke laut lepas iaitu Indonesia atau Filipina.
Hal ini demikian telah mengacam kestabilan serantau terutama dari segi keselamatan.


Langkah-langkah untuk mewujudkan kestabilan serantau.

Kerjasama dengan negara serantau

Malaysia memberi sokongan terhadap mewujudkan hubungan kerjasama pertahanan dua hala dalam kalangan negara-negara ASEAN.
Kedudukan geografi negara di tengah- tengah Asia Tenggara, kepentingan strategik Malaysia mempunyai pertalian yang rapat dengan negara-negara serantau yang lain.
Sebarang ancaman terhadap ASEAN dilihat sebagai ancaman kepada Malaysia juga.
Hal ini demikian telah menyebabkan Malaysia memberi keutamaan kepada kerjasama serantau supaya kestabilan serantau dapat diwujudkan.


Usaha ke arah keupayaan berdikari

Malaysia perlu berusaha ke arah keupayaan berdikari yang merupakan teras dasar pertahanan negara.
Dalam hubungan ini, keupayaan berdikari tidaklah terhad kepada usaha-usaha tentera semata-semata tetapi sewajarnya melibatkan semua agensi kerajaan yang berkaitan dengan rakyat jelata.
Umumnya, keupayaan berdikari negara berasaskan keupayaan untuk bertindak bersendirian tanpa bantuan luar dalam perkara-perkara berkenaan keselamatan dalam negeri ; dan keupayaan untuk bertindak bersendiriaan dalam mempertahankan kedaulatan wilayah dan kepentingan-kepentingan keselamatan dalam linkungan kawasan terdekat dari ancaman-ancaman luar tahap rendah dan pertengahan.


Piagam Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Komitmen tegas Malaysia terhadap Piagam PBB memerlukan negara berpegang kepada pendirian pertahanan yang bercorak defensif.
Sehubungan itu, dasar pertahanan telah menggubal strategi berdasarkan prinsip cegah rintang dan pertahanan menyeluruh.
Dasar ini menggariskan perlunya mengelakkan terjadinya konflik dalam wilayah sendiri.
Ini memerlukan pelaksanaan strategi pencegahan di samping usaha-usaha untuk membangunkan sebuah angkatan tentera yang memiliki keupayaan yang mantap untuk menghadapi peperangan.





Kesimpulannya, hubungan Malaysia antara negara serantau yang lain perlu dijaga dengan baik supaya kerjasama dapat diadakan dengan mudah dalam mengatasi ancaman yang wujud.

1 ulasan:

  1. I have checked your website and i have found some duplicate content,
    that's why you don't rank high in google's search results,
    but there is a tool that can help you to create 100% unique articles, search for; Boorfe's tips unlimited content

    BalasPadam