eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Khamis, 19 November 2015

Esei Pengajian Am : Tadbir Urus Perkhidmatan Awam

tadbir urus perkhidmatan awam

Kecemerlangan tadbir urus dalam perkhidmatan awam menuntut ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti. Tadbir urus yang baik dalam sesebuah perkhidmatan awam akan dapat menangani pelbagai cabaran yang dihadapi.




Ciri-ciri kepimpinan berkualiti adalah



Keadilan dalam pentadbiran


Seseorang pemimpin dalam sesebuah perkhidmatan awam atau organisasi perlu bersikap adil terhadap pekerjanya dalam pengurusan kerja.
Tidak berat sebelah atau pilih kasih terhadap pekerja.
Penurunan kuasa juga tidak seharusnya berlaku dalam pentadbiran.

Mempunyai iltizam yang kuat


Kepimpinan yang lemah iltizamnya dan berwawasan akan menyebabkan integriti sesebuah organisasi di bawah kepimpinannya akan merosot.
Hal ini boleh berlaku kerana pemimpin yang lemah iltizamnya tidak sanggup melarang pekerja bawahannya dari amalan rasuah.
Hal ini kerana mereka takut kehinlangan pengaruh.

Bersikap tegas dalam pentadbiran


Pemimpin perlu tegas dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pegawainya yang terlibat dengan rasuah, salahguna kuasa, masalah disiplin, mensabotaj organisasi, dan sebagainya.
Pengurusan sebegini amat perlu bagi memastikan ahli-ahli dalam agensi mempunyai etika yang tinggi dan berdisiplin.
Hal ini juga dapat mendapat kepercayaan orang ramai dalam sesebuah sektor awam.

Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik


Komunikasi yang baik penting untuk memastikan pelaksanaan tugasan yang tepat dan efisien.
Pemimpin yang berkualiti harus mampu memberikan penjelasan terhadap apa-apa jua tindakan dalam pelaksanaan tugasan.
Pekerja mudah memahami arahan dan dapat menjalankan tugas secara telus.
Ketelusan boleh dilihat melalui proses kerja yang jelas dan mudah difahami.



Peka terhadap perubahan


Seseorang pemimpin yang mempuyai ciri kepimpinan berkualiti perlu sentiasa bersedia untuk berubah.
Sanggup menjalani perubahan dari segi pengurusan supaya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tadbir urus.
Hal ini demikian akan dapat melahirkan sebuah organisasi yang lebih berdaya saing dan dinamik.

Mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif


Dapat mewujudkan struktur organisasi yang baru dengan persekitaran kerja yang selesa atas kerjasama dengan ahli-ahlinya.
Menggantikan sistem, prosedur dan garis panduan yang lemah.
Mampu menjadikan perkhidmatan mempunyai daya saing yang setanding dengan sektor swasta.

Kesimpulannya, sistem perkhidmatan awam perlu inovatif, kreatif dan cekap bagi menjadikan perkhidmatan awam mempunyai daya saing yang setanding dengan negara-negara maju yang lain.

6 ulasan:

  1. UUUU............... sngat-sngat mmbantu... Trima kasih!!

    BalasPadam
  2. 6RA,I am here...

    BalasPadam
  3. really superb...it's really very helpful 2me actually

    BalasPadam
  4. ... [Trackback]

    [...] Read More: eseipa.com/2015/11/tadbir-urus.html [...]

    BalasPadam
  5. 193072 77783I really like your writing style, good information, appreciate it for posting : D. 543944

    BalasPadam