eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Khamis, 19 November 2015

Esei Pengajian Am : Teknologi Satelit


Teknologi satelit penting kepada pembangunan negara terutamanya bidang teknologi maklumat. Teknologi satelit membawa pelbagai manfaat kepada Malaysia, namum, kesan negatif di sebaliknya tidak boleh diketepikan.






Manfaat teknologi satelit kepada negara

Perkembangan dalam telekomunikasi

Dunia semakin kecil dengan adanya teknologi komunikasi.
Telefon, televisyen dan faksmili bergantung kepada teknologi satelit.
Internet dan komputer turut berfungsi menerusi satelit malah kita boleh menghubungi seseorang di seluruh dunia menggunakan telefon bimbit.
Berita terkini juga dapat diikuti di seluruh dunia dengan cepat seperti upacara perasmian dan penutup Sukan Olimpik.
Perkembangan semasa di seluruh dunia dapat kita ketahui.

Perkembangan dalam bidang pendidikan

Melalui satelit, manusia dapat menyebarkan cara pendidikan yang terbaru dan yang berkesan.
Sebagai contohnya, Satelit Siaran Langsung (SSL) atau Direct Broadcast Satelitte (DBS) merupakan sistem penerimaan siaran televisyen secara langsung dari satelit kepada syarikat penyiaran yang telah dilengkapi dengan antena disk khusunya membolehkan pelajar-pelajar yang tinggi di kawasan terpencil dapat dihubungi melalui satelit.
Di negara kita, sekolah bestari telah mewujudkan pengajaran melalui teknologi maklumat.
Pelajar akan mendapat maklumat menerusi siding video dan internet. Pelajar akan belajar melalui multimedia mengikut kemampuan mereka.
Pengajaran subjek di sekolah turut ditayangkan di televisyen iaitu TutorTV oleh Astro.

Perkembangan dari aspek keselamatan negara

Dengan adanya teknologi satelit, keselamatan negara dapat dijamin dari ancaman musuh.
Pergerakan tentera musuh dapat dikesan melalui satelit dengan menggunakan radar.
Pasukan keselamatan dapat berseida mempertahankan ruang angkasa dan perairan negera dari diceroboh oleh pihak musuh sesuka hati mereka.
Hal ini demikian dapat menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.



Perkembangan dalam kajian topografi

Satelit yang mempunyai kamera infra-merah dapat mengambil gambar-gambar bumi dengan tepat.Maklumat ini akan digunakan dalam menghasilkan peta dunia yang lengkap.Gambar-gambar bumi dan laut yang digunakan dapat membantu penyelidik membuat kajian ilmu geologi, ekologi dan pemeliharan hutan.Bukan itu sahaja, teknologi satelit menyumbang kepada cara mengetahui bakal bencana alam iaitu 'remote-sensing' untuk mendapat amaran bencana alam.

Kesan negatif yang timbul

Kemasukan budaya yang bertentangan

Perkembangan teknologi yang meluas ini mengakibatkan berlakunya limpahan maklumat yang bertentangan dengan budaya dan adat resam tempatan.
Sebagai contohnya, budaya barat seperti budaya hedonisme yang masuk boleh menyebabkan keruntuhan akhlak dalam masyarakat.
Dalam sistem pendidikan akan berlaku peminggiran penggunaan bahasa Melayu dan mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris.


Peningkatan gejala sosial

Kewujudan akses internet telah menyebabkan gejala sosial terus meningkat berikutan dengan mudahnya mereka mengakses maklumat tidak berfaedah seperti bahan pronografi.
Laman-laman web tersebut menjadi pendorong kepada peningkatan kejadian jenayah seksual dalam kalangan remaja.
Penyebaran fitnah juga berlaku. Hal ini demikian akan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain.
Hal ini turut mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara.




Kesimpulannya, teknologi satelit adalah agen perubahan yang besar ke atas politik, ekonomi dan sosial. Teknologi satelit membawa manfaat tetapi terdapat uga kesan negatif disebaliknya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan