eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Sabtu, 27 Februari 2016

Esei Pengajian Am : Penentu Kestabilan Politik

faktor penentu kestabilan politik

Kestabilan politik memainkan peranan dalam pembangunan sesebuah negara. Apakah faktor-faktor penentu kestabilan politik di Malaysia ?

 

 

 

 

 

Faktor-faktor Penentu Kestabilan Politik


Integrasi Kaum
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan kaum-kaum peribumi yang lain.
Kesanggupan semua rakyat untuk hidup bersama antara kaum dan berkongsi kemudahan yang disediakan oleh pemimpin dapat melahirkan keharmonian antara kaum. Hal ini demikian akan secara tidak langsung mewujudkan suasana yang aman dalam politik.

 

Pemimpin yang bertanggungjawab
Pemimpin yang bertanggungjawab untuk membina negara berlandaaskan visi yang khusus. Sebagai contoh menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Misi Nasional dalam RMK-9 membuktikan tanggungjawab pemimpin negara kita untuk meningkatkan tahap hidup rakyat secara adil.

 

Keupayaan Memimpin
Keupayaan pemimpin rakyat yang pelbagai kaum merupakan aset yang paling berharga dalam mewujudkan kestabilan politik.
Kebijaksanaan pemimpin negara kita telah berjaya mengurus negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, Tunjang utama yang dipegang adalah kesepakatan dalam mentadbir negara.

 

Amalan Demokrasi
Negara kita mengamalkan demokrasi dalam pemilihan pemimpin iaitu melalui piihan raya.
Parti yang menang majoriti akan dilantik menjadi Perdana Menteri.
Setiap kaum akan diwakili oleh parti politik masing-masing seperti UMNO, MCA, MIC, dan Gerakan telah bergabung dan dikenali sebagai Barisan Nasional.
Keadaan ini dapat mengurangkan rasa tidak berpuas hati dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa kerana suara mereka disalurkan melalui parti-parti politik masing-masing.

 

Modal insan berkualiti
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program pendidikan, motivasi, Bina Negara bagi melahirkan generasi penerus mampu membangunkan negara.
Keupayaan dan kemampuan modal insan dalam pelbagai bidang merupakan aset penting kepada ketamadunan Malaysia.
Negara juga tidak perlu bergantung kepada tenaga kerja asing kerana warga asing boleh mempengaruhi pemikiran rakyat tempatan dari segi amalan agama, politik dan sebagainya.

 

4 ulasan:

  1. Great essay to be shared with my friends! Thanks!

    BalasPadam
  2. Glad to hear that. You're welcome!

    BalasPadam
  3. Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.

    BalasPadam
  4. Kesimpulan yang terbaik! Terima kasih.

    BalasPadam