eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Selasa, 16 Februari 2016

Esei Pengajian Am : Teknologi Nuklear

Teknologi nuklear amat penting dalam era globalisasi. Tenaga nuklear bukan sahaja untuk bom nuklear malah banyak kegunaan untuk kesejahteraan negara.

Teknologi Nuklear


Kepentingan teknologi nuklear


Nuklear sebagai sumber tenaga alternatif
Sumber tenaga konvensional seperti petroleum, gas dan arang batu semakin kehabisan. Cara mengatasinya dengan mencari sumber tenaga alternatif contoh nuklear.
Sumber tenaga yang bersih dan mesra alam digunakan secara meluas di negara-negara maju.
Jumlah penjanaan berkaitan adalah 6 hingga 7 kali ganda berbanding dengan negara-negara sedang membangun.
Di Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah diminta mengenal pasti lokasi pembinaan loji nuklear negara pertama. Loji ini dijangka mula beroperasi pada tahun 2021.




Nuklear dalam bidang kesihatan dan perubatan
Kegunaan nukelar untuk mengesan penyakit berbahaya pada manusia.
Teknik-teknik berkaitan nuklear digunakan dalam teknik mengimbas pesakit bagi mengdignosis pesakit menggunakan X-ray.
Sinar gamma yang dihasilkan oleh bahan radioaktif dapat dikesan pada organ yang dikaji. Bahan radioaktif yang lebih aktif akan digunakan untuk merawat penyakit tiroid, contohnya Iodin-131.
Radio terapi digunakan untuk merawat kanser dengan membunuh sel-sel kanser.
Teknologi nuklear sudah digunakan dengan meluas di banyak hospital di Malaysia. Contohnya MRI.





Nuklear dalam bidang perindustrian
Dalam industri berat seperti kilang besi waja, teknik nuklear digunakan untuk mengawal mutu produk yang dihasilkan.
Mereka dapat memastikan produk yang dihasilkan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.




Nuklear dalam bidang pertanian
Tenaga nuklear dapat membantu dalam meningkatkan produktiviti industri pertanian. Pengaktifan neutron banyak digunakan dalam kajian tentang kesuburan tanah.
Teknik nuklear seperti spektroskopi sinar gamma juga digunakan dalam keberkesanan aktiviti pembajaan tanah.
Penggunaan teknologi nuklear berjaya menghasilkan anak pokok, enzim serta baja yang bermutu tinggi.




Nuklear dalam bidang makanan
Sebagai contohnya, penyiaran ke atas makanan dengan sinar gamma banyak membantu meningkatkan tahap kegaran buah-buahan.



Penutup


Kesimpulannya, penggunaan teknologi nuklear sebagai sumber tenaga pada masa depan wajar diteruskan selepas mengambil kira pelbagai aspek seperti keselamatan, pengurusan, penerangan, dan kajian yang mendalam.




2 ulasan:

  1. I see you don't monetize your blog, don't waste your traffic, you can earn extra
    cash every month because you've got hi quality
    content. If you want to know what is the
    best adsense alternative, search in google: Mertiso's tips

    BalasPadam
  2. Hello blogger, do you monetize your website ?

    There is easy method to earn extra money every day, just search on youtube : How to earn $25/hour selling
    articles

    BalasPadam