eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Rabu, 17 Ogos 2016

Esei Pengajian Am: Industri Produk Halal


Masyarakat dunia mula sedar akan kepentingan pemakanan halal untuk kesihatan badan. Oleh hal yang demikian, Malaysia perlu mengambil peluang yang ada untuk memajukan produk halal ini dengan potensinya yang amat tinggi. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi disebalik potensi yang ada.

 



Potensi Malaysia dalam memajukan produk Halal sebagai hab Halal dunia 


Malaysia sebagai negara Islam di peringkat dunia


Malaysia pernah menjadi pengerusi OIC (organisation of islamic cooperation) yang memberi peluang yang luas untuk mendapatkan sokongan pasaran dari negara anggota.

Dengan itu juga, Malaysia dapat menggunakan kelebihan untuk melobi negara-negara Islam menyokong kempen produk halal global tajaan negara kita sendiri.

Peluang perdagangan dan ekonomi negara anggota dapat diwujudkan dan secara tidak langsung pendapatan Malaysia akan turut meningkat.


Permintaan negara Islam yang tinggi


Pasaran negara Islam amat besar diikuti permintaan produk halal juga tinggi. Penduduk Islam dunia adalah berjumlah 1.6 billion. Di Asia, sebanyak 60% penduduk Asia menyokong produk halal Malaysia. Nilai pasaran produk pada tahun 2010 dan tahun-tahun seterusnya telah mencecah RM8 trilion. Jelasnya maklumat statistik ini terbukti bahawa industri produk halal dapat membuka banyak peluang ekonomi negara.


Kepakaran menghasilkan produk halal


Malaysia mempunyai kepakaran dalam menghasilkan produk halal. Pembangunan industri pemakanan dalam kalangan orang Islam sudah lama dilaksanakan di Malaysia.

Industri-industri produk halal di Malaysia mengamalkan pemprosesan berasaskan Good Manufacturing Products (GMP) dan Islamic Manufacturing Products (IMP)

Hal ini demikian dapat menyakinkan pengguna domestik dan antarabangsa.


Pelaksanaan dasar dan sokongan kerajaan


Produk halal di Malaysia mempunyai piawaian produk berlogo HALAL yang dikeluar dan dipantau JAKIM  (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Produk-produk halal di Malaysia turut diterima dan diiktiraf oleh negara-negara lain.

Kerajaan amat menyokong industri produk Islam di Malaysia, pelbagai kempen diadakan bagi mempromosikan produk halal.

Sebagai contoh mengadakan pameran dan konvensyen ekonomi di luar negara seperti

MIHA (Malaysia International Halal Showcase)
 dan World Halal Forum.

 

 

Cabaran memajukan industri Halal



Persaingan antara negara pengeluar produk halal bukan Islam


Negara China, Thailand, Australia dan Brazill mengeluarkan produk halal. Hal ini demikian akan menyebabkan Malaysia menjadi saingan utama.

Brazil dan Australia disokong kuasa besar, justeru itu perkembangan Malaysia untuk meluaskan pasaran global akan diperlahankan oleh sebab persaingan dengan negara-negara ini.


Pemasaran produk di negara-negara bukan Islam


Walaupun mempunyai permintaan produk halal yang tinggi dan pasaran meluas, namun tiada perjanjian perdagangan diwujudkan antara negara-negara bukan Islam. Kebanyakan produk dijual kepada negara majoriti Islam.

Hal ini demikian akan mewujudkan masalah kepada penduduk Islam di negara bukan Islam untuk mendapatkan produk.

Perubahan harga bahan bakar


Perubahan harga bahan bakar akan mempengaruhi harga barang dan perkhidmatan. Fenomena yang tidak menentu ini sukar dikawal dan akan mempengaruhi pasaran produk halal.

Krisis kekurangan barang makanan asasi turut wujud dan menjejaskan pemprosesan produk. Keadaan ini pastinya akan menjejaskan perkembangan industri halal global.





Penutup


Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, Malaysia tetap berjaya menghasilkan banyak produk halal yang standard. Masyarakat, kerajaan dan badan-badan dunia harus sentiasa memberi sokongan kepada produk halal supaya ekonomi Malaysia semakin maju.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan