eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Khamis, 25 Ogos 2016

Esei Pengajian Am: Keganasan


Kesan Buruk Keganasan


Apakah itu keganasan? Keganasan bermaksud penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pembunuhan, pedulikan dan pengeboman untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Sebab keganasan berlaku ialah pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi atau kelemahan pemerintah sesebuah negara. Keganasan akan membawa kesan yang buruk kepada negara yang terbabit. Langkah drastik perlu diambil bagi mengatasi kesan yang didatangkan daripada keganasan.

Kesan Buruk Keganasan


Keselamatan rakyat tergugat


Ucapan berapi-api oleh pemimpin akan menghasut penyokongnya melakukan perbuatan yang ganas. Akibatnya, penyokongnya mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas dan liar.
Hal ini demikian akan mengancam keselamatan rakyat di sekeliling dan juga negara.

Ekonomi negara terjejas


Keganasan menyebabkan ekonomi negara tidak stabil.
Sebagai contohnya, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di Indonesia. Hal ini demikian telah menyebabkan pelabur asing tidak berani melabur ke negara tersebut. Akibatnya, ekonomi terjejas dengan teruk.
Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Jelasnya, keganasan menjejaskan ekonomi negara.

Sektor pelancongan terjejas


Pengganas merampas kapal terbang dan mengebom bangunan. Penerbangan antarabangsa terjejas kerana mengalami kerugian besar.
Keamanan destinasi pelancongan juga sudah tidak terjamin. Hal ini menyebabkan pelancong tidak berani melancong ke luar negara.
Bilangan pelancong yang melancong ke luar negara semakin berkurangan. Akibatnya, ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas. Pendapatan negara turut terjejas.

Langkah mengatasi keganasan


Penguatkuasaan undang-undang


Pihak berkuasa seperti pihak polis dan tentera harus bertindak dengan segera terhadap keganasan.
Keganasan yang kecil juga harus diambil perhatian dengan serius dan dibanteras supaya tidak merebak dan berleluasa. Pengganas yang terlibat patut dihukum berat.
Sebagai contohnya, penggubalan undang-undang khas seperti Akta ISA di Malaysia membolehkan tindakan segera diambil. Langkah ini dapat menjamin keselamatan dan keharmonian negara kita.

Kerjasama antara negara luar


Semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang mempunyai rangkaian antarabangsa. Sebagai contohnya, Jabatan Perisikan boleh bertukar-tukar maklumat.
Pihak polis dan tentera negara-negara yang terlibat boleh menggiatkan latihan bersama.
Aliran wang kumpulan pengganas hendak dibekukan.

Sikap toleransi dan kesederhanaan


Rakyat dan golongan anti kerajaan tidak harus keterlaluan dalam tindakan mereka.
Semua pihak harus bertolak ansur dan menyelesaikan masalah menerusi meja bulat.
Sebagai contohnya, Malaysia mengamalkan prinsip kesederhanaan dalam politik, dan kerjasama dengan negara lain. Tunjuk perasaan , rusuhan, atau melakukan keganasan tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak.
Perbuatan itu hanya akan mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik dan ekonomi.

Kesimpulannya, keganasan menjejaskan perpaduan dan kemajuan individu, masyarakat dan negara, Semua pihak harus mengambil iktibar daripada negara-negara yang runtuh akibat keganasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan