eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Selasa, 16 Ogos 2016

Esei Pengajian Am: Teknologi Robot



Dalam dunia yang semakin maju ini, teknologi robot semakin umum digunakan. Manusia juga semakin memerlukan teknologi robot. Peranan robot juga bertambah penting iaitu dalam menjalankan tugasnya. Apakah kepentingan teknologi robot ?



Kepentingan Teknologi Robot


 

Dapat meningkatkan produktiviti


Robot amat membantu dalam bidang perindustrian. Robot tidak mempunyai perasaan letih, jemu atau bosan seperti manusia. Oleh itu, mereka dapat menjalankan kerja tanpa pengaruh emosi dan fizikal.


Menjalankan kerja berbahaya


Sebagai contohnya ,Robot dapat membantu anggota bomba untuk menyelamatkan mangsa kebakaran.
Robot juga digunakan untuk tujuan pengesanan bom. Bukan itu sahaja, robot khas menggantikan tugas manusia untuk memusnahkan bom. Dengan adanya robot, keselamatan manusia terjamin.


Membantu golongan kurang berupaya  (OKU)


Tangan dan kaki palsu dihasilkan dengan adanya teknologi robot untuk membantu golongan orang cacat. Tangan dan kaki palsu ini dapat berfungsi mengikut kehendak pemakai.
Robot Meldog membantu orang buta dengan mengesan kawasan sekitarnya. Hal ini demikian akan memudahkan pergerakan orang puta.


Penting dalam bidang perubatan


Teknologi robot berperanan penting dalam bidang perubatan. Pembedahan organ-organ kecil di dalam badan memerlukan gerakan yang halus.
Robot berperanan dalam mengendalikan pembedahan ini supaya mengurangkan risiko maut kerana sebarang kesilapan tangan doktor akan membawa padah.


Kesimpunnya, manusia semakin memerlukan robot untuk menjalankan tugas-tugas tertentu. Walau bagaimanapun, penggunaan robot perlu dikawal agar menghindari sebarang kesan negatif yang timbul.

2 ulasan:

  1. Awak tu ape awak? Kebaikan ke atau kepentingan?

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana menegaskan kesilapan :)

    BalasPadam