eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Rabu, 11 Januari 2017

Esei Pengajian Am : Malaysia Dihormati oleh Negara Lain


Menghormati kedaulatan sesebuah negara merupakan salah satu faktor Malaysia dihormati oleh negara lain. Namun begitu, terdapat faktor-faktor lain yang menjadikan Malaysia mendapat penghormatan sedemikian. Apakah faktor yang menyebabkan Malaysia dihormati oleh negara lain.

Faktor-faktor Malaysia dihormati oleh negara lain


Malaysia menghormati kedaulatan negara lain


    Malaysia tidak pernah bertindak mencampuri urusan negara lain. Malaysia lakukan adalah dengan membantu negara-negara membangun dan miskin untuk maju bersama.




Kurang bergantung kepada bantuan negara luar



    Malaysia mencapai peningkatan kesejahteraan ekonomi dan kestabilan politik negara tanpa bantuan negara luar. Sebagai contoh, Malaysia berjaya mengatasi masalah kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun 1998.



Perhubungan dua hala yang seimbang



    Hubungan ekonomi khususnya perdagangan yang melibatkan eksport dan import yang menguntungkn kedua-dua belah pihak. Contohnya, pemimpin dari kedua-dua negara mempunyai hubungan yang baik. Inilah yang berlaku antara negara Malaysia dengan negara lain.




Prinsip keamanan bersama



    Pembentukan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) di Asia Tenggara mendorong kepada Malaysia dihormati oleh negara lain. Negara- negara di Asia Tenggara menghormati pendirian yang diputuskan bersama.




Menyertai Pertubuhan antarabangsa



    Malaysia menyertai PBB iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. PBB merupakan satu pertubuhan yang selalu cua menegakkan keamanan dan kemakmuran dunia. Hal ini demikian akan mewujudkan hubungan sihat antara Malaysia dengan negara ahli PBB. Selain PBB, Malaysia juga menjadi ahli Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Komanwel dan sebagainya.




Hubungan Diplomatik



    Pada awalnya, nama negara Malaysia tidak dikenali oleh negara yang lain di dunia ini. Untuk membolehkan negara kita dikenali oleh seluruh dunia, maka negara kira telah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain. Oleh sebab demikian hubungan diplomatik yang dijalinkan membolehkan kita memperolehi kepentingan dari segi politik, ekonomi dan sosial dari negara tersebut.




Penglibatan dalam acara sukan



    Penganjuran acara sukan bertaraf dunia atau menyertai acara sukan giat dilakukan oleh Malaysia. Malaysia menganjurkan acara sukan bagi merapatkan hubungan antara negara. Sebagai contohnya, penganjuran sukan berprestij seperti Formula One (F1) menaikan nama negara Malaysia.





Kesimpulannya, Malaysia boleh dikatakan berjaya dalam hubungan antarabangsa kerana suara Malaysia terhadap sesuatu isu didengar oleh masyarakat antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan