eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Rabu, 11 Januari 2017

Esei Pengajian Am: Potensi Malaysia sebagai Hab Pengajian Pendidikan Peringkat Tinggi Bertaraf Dunia



Perkembangan pendidikan global mendorong Malaysia membangunkan pendidikan bertaraf dunia. Bagaimanakah potensi Malaysia sebagai hub pengajian peringkat tinggi bertaraf antarabangsa ?






Potensi Malaysia sebagai hab pengajian pendidikan peringkat tinggi bertaraf antarabangsa


Pengiktirafan antarabangsa ke atas kualiti pendidikan negara


Kualiti pendidikan negara setanding dengan negara-negara yang telah maju. Pelajar- pelajar Malaysia boleh mengikuti ijazah di seberang laut. Umpamanya selepas SPM bersamaan GCE O Level, STPM sama dengan GCE A Level.
Bukan itu sahaja, perakuan turut diberi oleh UNESCO kepada keupayaan negara menyedia kemudahan dan akses pendidikan.




Keupayaan institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta


Kewujudan IPTA dan IPTS yang dapat menampung bilangan pelajar asing ke Malaysia dalam pelbagai bidang pengajian. Kewujudan UIA turut membantu mempromosikan keupayaan Malaysia.




Wujud permintaan tinggi daripada pelajar asing


Ramai pelajar asing ke Malaysia membuktikan keupayaan negara menarik kemasukkan pelajar asing. Merujuk kepada rekod, kini hampir 90 000 pelajar asing dari 100 buah negara sedang mengikuti pengajian di IPT seluruh negara. Hal ini demikian dapat membuktikan bahawa Malaysia mampu menjadi hab pendidikan dunia.




Kemudahan mengakses proses kemasukan


Proses kemasukan pelajar asing yang mudah dan kemudahan mendapat visa pelajar melalui Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Global, ---manarik minat ramai pelajar asing ke Malaysia untuk melanjut pendidikan mereka.




Kemasukan dan penempatan universiti asing


Malaysia berjaya menarik beberapa universiti terkenal seperti Universti Monash, Nothingham dan Swinburne yang membuka cawangan di Malaysia memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat ijazah tanpa ke luar negara.
Penempatan Asia e-Universiti memberi kelebihan kepada negara untuk memajukan pendidikan negara serta bersaing dengan negara-negara lain dalam mengetengahkan produk pendidikan bertaraf dunia.


Peningkatan tenaga pensyarah/pakar dan bidang pengajian


Universiti di Malaysia menyediakan tenaga pakar/ mahir dalam pelbagai bidang pengajian dan penyelidikan. Kejayaan membawa balik tenaga pakar dari kalangan rakyat Malaysia di luar negara turut meningkatkan keupayaan Malaysia dalam mencapai hasrat ini.


Kos Pengajian yang secara relatif lebih rendah


Kos pengajian yang meliputi yuran dan sara hidup yang lebih rendah daripada negara lain menjadikan proses mengikut pengajian di Malaysia lebih kompetitif.
Kos mendapat rawatan dan pelancongan juga mewujudkan tarikan.




Hubungan luar/diplomatik


Malaysia mempunyai dasar luar yang amat mengalakkan dan membatu Malaysia merealisasikan harapan negara untuk menjadi hab pendidikan dunia.
Program Kerjasam Teknikal Malaysia turut meningkatkan promosi keupayaan Malaysia sebagai  destinasi pendidikan dunia.


Budaya masyarakat yang disenangi


Ramai pelancong yang kagum dengan budaya rakyat Malaysia yang pelbagai dan hidup secara aman dan harmoni di Malaysia. Persamaan budaya turut menjadi. Kehadiran pelajar dari Selatan China, dari Indonesia dan Brunei turut dipengaruhi oleh faktor ini.
Masyarakat Malaysia mampu berbahasa Inggeris. Hal ini demikian menyebabkan pelajar asing dapat berkomunikasi dengan masyarakat tempatan tanpa halangan.


Keselamatan dan keharmonian masyarakat


Faktor keselamatan menjadi daya tarikan masyarakat luar negara. Satu set kehidupan yang stabil dari segi hubungan dapat dilihat daripada pelbagai etnik di masyarakat Malaysia. Hal ini turut melambangkan imej dan model kerjasama serta muhibah dalam masyarakat majmuk.
Pelajar asing terpikat dengan suasana hidup harmonis dan mereka yakin untuk belajar di sini kerana keselamatan terjamin.







Kesimpulannya, Malaysia amatlah berpotensi untuk menjadi hab pengajian pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa. Semua pihak perlu bekerjasama bagi menjayakan hasrat ini supaya generasi masa depan dapat menikmati kejayaan yang tercapai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan