eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Selasa, 4 April 2017

Nota Pengajian Am Penggal 1 (Part 1)

Nota Pengajian Am Penggal 1


Topik 1: Konsep Dan Ciri Negara Berdaulat


Post ini merangkumi sub topik : Negara, ciri-ciri negara berdaulat, jenis kerajaan, peranan kerajaan, sebab pembentukan malaysia, dan penentangan gagasan Malaysia.

Definisi Negara


i. Masyarakat atau komuniti bebas mendiami sesebuah wilayah.

ii. Mempunyai sempadan.

ii. Ditadbir oleh sesebuah kerajaan yang sistematik atau tersusun.

Ciri-ciri Negara Berdaulat


i. Bebas daripada penjajahan kuasa asing.

ii. Mempunyai kerajaan tanpa pengaruh kuasa-kuasa luar dan ada perlembagaan sendiri.

iii. Diiktiraf oleh negara luar, hubungan diplomatik dengan kuasa luar.

iv. Mempunyai identiti sendiri. Sebagai contohnya, ideologi bendera dan jata sendiri.


Sistem Kerajaan


Definisi Kerajaan


Sebuah badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara.

Merangkumi badan yang menggubal, mentafsir dan melaksanakan sesuatu dasar demi pembangunan negara dan kebajikan rakyat.

Peranan Kerajaan



  1. Menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan, kesejahteraan warga negara.

  2. Menyediakan Kemudahan Ekonomi

  3. Menyediakan Pelbagai Perkhidmatan

  4. Memastikan Keamanan dan Ketenteraman

  5. Menstabilkan Persaingan

  6. Perlindungan Alam Sekitar

  7. Penyediaan Keperluan Asasi

  8. Memastikan Kestabilan Ekonomi


Jenis Kerajaan


i. Kerajaan Kesatuan:


-Gabungan beberapa buah negeri untuk membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

-Kuasa pentadbiran dan perundangan terletak di bawah kuasa kerajaan pusat.

ii. Kerajaan Persekutuan:


-Gabungan beberapa buah negeri untuk membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

-Kuasa pentadbiran dan perundangan dikongsi oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri.


Pembentukan Malaysia


Kemerdekaan Tanah Melayu


Tunku Abdul Rahman telah membentuk Parti Perikatan. Hal ini telah membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negara mereka.

Perpaduan antara tiga kaum utam iaitu, Melayu, Cina dan India telah menghasilkan Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan seterusnya memerdekakan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Penubuhan Malaysia


Pembentukan persekutuan baru ini dirancang berlaku pada 1 Jun 1963. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia menangguhkan  pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama.

Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memperuntukkan masa untuk mengadakan pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Persekutuan Malaysia diwujudkan pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.

Pada mulanya usaha-usaha penubuhan Malaysia terhalang kerana perkara berlaku seperti cubaan Indonesia ingin menakluki Malaysia, dan tuntutan Filipina terhadap Sabah.

Pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia.

 

Sebab/Faktor Pembentukan Malaysia


[expand title="Faktor Keselamatan" expanded="true"]
Penubuhan gagasan Malaysia adalah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura dan di wilayah Borneo.
Dengan adanya gagasan Malaysia ini, politik akan menjadi stabil dan dapat menentang ancaman komunis.
[/expand]

 

[expand title="Faktor Penduduk" expanded="true"]
Penunbuhan gagagasan Malaysia dapat mengelakkan ketidakseimbangan penduduk dari aspek kaum.
[/expand]

 

[expand title="Faktor Ekonomi" expanded="true"]
Penubuhan gagasan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama.
[/expand]

 

[expand title="Faktor Kemerdekaan" expanded="true"]
Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura dapat merdeka dengan lebih cepat.
[/expand]

 

Proses Pembentukan Malaysia


Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. Tujuan penubuhan JPPM adalah untuk (i)memberitahu orang ramai mengenai Malaysia, (ii)mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia dan (iii)menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

 

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold

lord cobbold

Ditubuhkan pada Januari 1962 bagi mendapat pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai penubuhan Malaysia.

Suruhanjaya Cobbold dipengerusi oleh Lord Cobbold.

Tugas Suruhanjaya Cobbold ialah (i)meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak, (ii)membuat syor-syor mengenai perlembagaan, (iii)jawatankuasa antara kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia, serta (iv)Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963.

[expand title="Definisi memorandum" expanded="true"]
Memorandum : suatu dokumen atau bentuk komunikasi lain yang membantu ingatan dengan merekodkan peristiwa atau pemerhatian mengenai sesuatu topik, sehingga boleh digunakan dalam sebuah pejabat perniagaan. (wikipedia)
[/expand]

 

Satu memorandum telah disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962.

[expand title="Kandungan Memorandum:" expanded="true"]

  • Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.

  • Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.

  • Agama Islam merupakan agama Persekutuan tetapi rakyat bukan islam bebas beragama.

  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih digunakan.

  • Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat peribumi Sabah dan Sarawak.

  • Sabah dan Sarawak berhak mengawal imgresennya sendiri.

  • Perwakilan Parlimen adalah berasakan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.


[/expand]

 

Penentangan Gagasan Malaysia


1. Filipina
Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962 apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menyokong penubuhan Malaysia.

Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pada tahun 1958, pajakan ini dibatalkan. Kedaulatan Filipina ke atas Sabah tidak diakui oleh kerajaan British. Kerajaan Filipina mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi kritikal. Namun begitu, pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengatasi persengketaan tersebut. Pada 1966, Filipina mengiktirafkan Persekutuan Malaysia.

2. Indonesia
Awalnya, Indonesia  mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, Partai Komunis Indonesia (PKI) di bawah Dipa Nusantara Aidit. D.N. Aidit berpendapat bahawa pembentukan ini merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, PKI memberi tekanan hebat ke atas Sukarno. Oleh sebab itulah PKI menentang gagasan Malaysia. Aidit melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang.

Suatu dasar konfrontasi telah diumumkan oleh Dr. Subandrio pada 20 Januari 1963.  Indonesia bersetuju Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Keputusannya, laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui. Malaysia diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963.

Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok, suatu perjanjian damai telah ditandatangani oleh mereka di Jakarta pada 11 Ogos 1966.

Nota Pengajian Am Penggal 1 (Part 2) ⇒


 

1 ulasan:

  1. I must say it was hard to find your website in google. You write
    awesome articles but you should rank your page higher in search
    engines. If you don't know how to do it search on youtube:
    how to rank a website Marcel's way

    BalasPadam