eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Sabtu, 29 April 2017

Semakan Keputusan STPM Penggal 2 2017

Semak Keputusan STPM Penggal 2 2017


Semakan keputusan STPM bagi tahun 2017 boleh dibuat bagi calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM). Masing-masing boleh menyemak keputusan STPM Penggal 2 bermula pada tarikh 3 Ogos 2017, Khamis ini.

Makluman kepada calon-calon STPM, semakan boleh dibuat melalui dua cara yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Caranya amat mudah, iaitu semakan secara Online dan pesanan SMS bagi mendapatkan keputusan STPM 2017 dengan segera.

Cara Semak Keputusan STPM Secara Online


Ikut langkah berikut untuk menyemak keputusan STPM 2017:

1. Melayari portal rasmi MPM iaitu, http://webmpm1.mpm.edu.my/stpm_result/ . Muka depan laman web rasmi MPM adalah seperti gambar di bawah. Tertera semakan-semakan yang boleh dibuat di portal tersebut.

semak keputusan stpm 20172. Klik kepada link untuk membuat semakan bagi Penggal yang berkenaan. Jika ingin menyemak keputusan keseluruhan. Klik Semak Keputusan Keseluruhan Tahun bagi tahun tertentu.

3. Selepas klik pautan semakan, portal akan berlompat ke laman web seperti di bawah: sebagai contoh,

 semakan keputusan penggal 2.png

5. Anda perlu memasukkan No. IC (Nombor Kad Pengenalan) anda ke ruangan yang tersedia seperti di gambar atas.

6. Selepas itu, klik butang Hantar.

Keputusan STPM anda akan dipaparkan selepas anda klik butang Hantar mengikut Penggal atau keputusan keseluruhan.

Cara Semak Keputusan STPM Secara SMS


Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan penghantaran mesej ke telefon bimbit anda.

Caranya ialah:

Taipkan

STPM<jarak>RESULTP2<jarak>No Kad Pengenalan dan Hantar ke 15888.

Cara di atas adalah untuk menyemak keputusan STPM penggal 2.

 

Sebarang persoalan calon boleh melayari portal rasmi MPM untuk keterangan maklumat lebih lanjut. Semoga calon-calon STPM mendapat keputusan STPM yang cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan