eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Isnin, 12 Jun 2017

Esei Pengajian Am: Kesan, Punca Berlakunya Banjir

Banjir yang berlaku mendatangkan mendatangkan kesan negatif terhadap mangsa yang terlibat. Apakah kesan banjir kepada masyarakat? Terdapat pelbagai kesan dan punca atau faktor yang menyebabkan berlakunya kebanjiran.





Kesan-kesan Banjir Terhadap Masyarakat


1. Ekonomi terjejas

Ekonomi masyarakat akan terjejas apabila banjir berlaku.Hal ini demikian kerana harta benda penduduk akan mengalami kerosakan apabila banjir berlaku. Sebagai contohnya, mereka perlu belanja sejumlah wang untuk membaiki atau  mengembalikan keadaan harta barang kepada baik. Bank, premis perniagaan, semuanya mengalami kerugian teruk bukan sahaja kerana kerosakan harta, bahkan kerana aktiviti perniagaan yang terhenti.Masyarakat yang yang berniaga turut mengalami kerugian apabila barangan yang seharusnya dijual tidak dapat dijual, bahkan kerosakan barangan juga berlaku. Jelasnya, banjir yang berlaku akan memberi kesan negatif kepada ekonomi masyarakat.
2. Kesihatan masyarakat tergugat

Banjir boleh mendatangkan penyakit. Sebagai contohnya, penyakit seperti cirit-birit, kudis buta, demam kepialu, denggi dan sebagainya menjadi ancaman kepada penduduk yang mengalami kebanjiran di kawasan mereka. Bukan itu sahaja, penyakit turut didatangkan oleh sebab makanan, minuman, persekitaran yang tidak bersih. Bahkan kesesakan di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir turut memudahkan penularan sebarang penyakit berjangkit.
3. Pendidikan terganggu

Apabila banjir berlaku, anak-anak murid tidak dapat pergi sekolah. Sesetengah sekolah yang menjadi tempat penempatan sementara mangsa banjir turut terpaksa ditutup. Hal ini berlaku akan menyebabkan proses pendidikan tidak dapat dijalankan seperti biasa. Oleh sebab banjir yang menyebabkan pelajar tidak dapat bersekolah, proses pembelajaran pelajar terjejas. Tuntasnya, banjir menyebabkan pendidikan terjejas.

kesan dan faktor banjir


Punca-punca banjir berlaku


1. Hujan yang berterusan

Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Hal ini sering berlaku di kawasan-kawasan rendah. Apabila hujan yang berterusan tidak berhenti, sungai, dan longkang penuh berlimpahan sehingga menyebabkan paras air menaik tinggi. Sebagai contoh, air yang dilimpah keluar dari sungai akan memenuhi kawasan tanah air rendah. Kesannya, air mendarat dan banjir berlaku.


2. Pembuangan sampah ke sungai

Sesetengah masyarakat mempunyai sikap buruk yang tidak menyayangi alam. Mereka suka membuang sampah atau sisa-sisa toksik ke dalam sungai. Hal ini menyebabkan pengaliran sungai tersekat. Akibatnya, sungai tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak ketika hujan lebat berlaku secara berturut-turut. Banjir berlaku apabila air sungai melimpah ke tebing.


4. Pemusnahan kawasan hutan

Hutan ditebang bagi tujuan pembangunan mengakibatkan hutan menjadi gondol. Hal ini demikian menyebabkan hujan yang turun akan terus ke mengalir ke dalam sungai tanpa dihalang oleh pokok-pokok. Oleh itu, sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Akibatnya, limpahan air sungai akan berlaku dan banjir berlaku.


5. Sistem perparitan tidak sistematik

Sistem perparitan yang dibina tidak efektif bagi menampung air hujan yang turun secara berterusan. Jumlah air yang banyak menyebabkan air terus melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir berlaku.





Kesimpulannya, banjir memberi kesan negatif kepada mangsa yang terlibat. Semua pihak perlu bekerjasama dalam merangka usaha bagi mengatasi kesan negatif yang berlaku akibat banjir.

2 ulasan:

  1. Thank you very much for your blog.

    I enjoyed reading this article.

    BalasPadam