eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Rabu, 21 Jun 2017

Esei Pengajian Am: Manfaat Perkembangan Industri Penjagaan Kesihatan

Industri penjagaan kesihatan menjadi satu daripada bidang yang diberikan keutamaan oleh kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi( PTE). Pelbagai manfaat yang diperoleh masyarakat dan negara hasil daripada perkembangan industri ini.




Datuk Seri Najib Razak dalam melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE) khususnya dalam bidang penjagaan kesihatan, kini mula memperlihatkan hasilnya iaitu mentransformasikan Malaysia antara penggiat utama dalam sektor penjagaan kesihatan dunia.

Rujukan Artikel Penuh:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120628/re_08/Manfaat-kemajuan-industri-penjagaan-kesihatan-negara#ixzz4kcFBXPGr
© Utusan Melayu (M) Bhd

Manfaat Perkembangan Industri Penjagaan Kesihatan




Sektor pelancongan kesihatan semakin maju

Permintaan perkhidmatan kesihatan di luar negara meningkat. Rakyat di luar negara memerlukan perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi. Sebagai contohnya, rakyat Indonesia dan Vietnam datang melancong bagi tujuan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di negara kita. Dengan itu, Malaysia memegang pasaran dalam industri pelancongan kesihatan.



Pendapatan negara meningkat

Perkembangan industri penjagaan kesihatan mendorong pertumbuhan sektor pelancongan kesihatan. Pada masa yang sama, pelancongan kesihatan menjana pendapatan yang lumayan. Rakyat di luar negara memerlukan perkhidmatan kesihatan berkualiti. Malaysia mampu memberi perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pasaran yang tinggi. Hal ini demikian secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan negara.



Pemerkasaan tenaga mahir/bakat-bakat

Manfaat seterusnya adalah kehadiran bakat-bakat baru dalam bidang perubatan. Sebagai contohnya, doktor, jururawat dan staf kesihtan yang berkemahiran tinggi menjadi aset yang amat berharga kepada negara. Tidak bergantung kepada tenaga asing untuk keperluan kesihatan.



Kemahiran baru bidang perubatan

Wujud pemindahan teknologi baru dalam bidang kesihatan. Hal ini akan menambah baik tahap kemahiran tenaga kerja tempatan. Contohnya, kebolehan dan kemahiran baru bidang perubatan dapat diperkenalkan kepada warga tempatan, terutama bumiputera.



Peluang pendidikan dan pekerjaan

Kesan baik kepada industri pendidikan tinggi kesihatan. Masalah kekurangan hospital untuk pelatih menjalani amali dapat diselesaikan. Pelajar mendapat peluang pekerjaan selepas tamat pengajian. Masa hadapan pelajar-pelajar insititusi ini bertambah cerah.



Tahap kesihatan masyarakat meningkat

Perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi menjamin tahap kesihatan masyarakat yang tinggi.
Rakyat dapat menikmati perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi dengan mudah.
Sebagai contohnya, rakyat tidak perlu bergantung kepada tenaga asing atau mendapatkan perkhidmatan kesihatan di luar negara.



Kesimpulannya, perkembangan industri penjagaan kesihatan membawa manfaat kepada negara hasil dan masyarakat secara menyeluruh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan