eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Sabtu, 29 Julai 2017

Esei Pengajian Am : Peningkatan Suhu Dunia

Keadaan cuaca yang tidak menentu menimbulkan pelbagai kesan kepada masyarakat dunia. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan suhu dunia. Keadaan ini juga mendatangkan kesan kepada Malaysia dan negara serantau.

Faktor Peningkatan Suhu Dunia


Kepadatan penduduk dunia
Penduduk dunia kian meningkat dan mencecah ke angka 7 billion. Penduduk yang padat menyumbang kepada aktiviti penerokaan hutan. Sebagai contohnya, penerokaan hutan dibuat bagi tujuan penempatan dan pembangunan. Hal ini menyumbang kepada perubahan iklim.

Penggunaan bahan kloroflourokarbon (CFC)
Masyarakat dunia aktif dalam penggunaan CFC. Hal ini akan menipiskan lapisan ozon yang berperanan mengekalkan kestabilan suhu bumi. Lapisan ozon yang nipis akan menyebabkan peningkatan suhu bumi. Sebagai contohnya, penggunaan CFC dalam sektor perindustrian menjejasan suhu persekitarannya.

Perkembangan dalam perindustrian
Perubahan era pertanian kepada era perindustrian juga membawa kesan yang besar kepada suhu dunia. Pembakaran bahan api dalam industri sukar untuk dielak. Oleh sebab demikian, pembakaran bahan api hidrokarbon seperti petroleum, gas dan arang batu tanpa ganti akan memberi kesan negatif kepada iklim.

Peningkatan penggunaan kenderaan bermotor
Penduduk yang meningkat menyumbang kepada peningkatan bilangan kenderaan diseluruh dunia secara tidak langsung membawa kepada peningkatan suhu dunia. Kenderaan bermotor akan membebaskan gas karbon monoksida dan sulfur dioksida yang memerangkap haba matahari. Akibatnya, suhu dunia meningkat.

Pembakaran terbuka (Jerebu)
Terdapat negara didunia yang menjalankan aktiviti pembakaran terbuka. Sebagai contohnya, Indonesia. Pembakaran terbuka dilakukan mengikut musim atau bulan tertentu. Hal ini demikian menwujudkan kejadian jerebu yang mengancam negara-negara yang berhampiran dengannya. Oleh itu, pembakaran terbuka mempengaruhi perubahan cuaca dunia.


Kesan Peningkatan Suhu Dunia


Kesihatan terjejas
Pendedahan yang terlampau lama kepada cahaya matahari boleh menjejaskan kesihatan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa pendedahan terlampau banyak kepada cuaca panas akan menyebabkan barah. Manusia juga akan mengalami kepdihan mata dan sejatan air apabila terdedah kepada pancaran cahaya matahari.

Flora dan fauna terjejas
Sistem ekologi persekitaran terjejas akibat peningkatan suhu yang ketara. Hal ini demikian akan memusnahkan habitat flora dan fauna. Kemarau dan kekurangan air akan menyebabkan ekosistem flora dan fauna tergugat. Rantaian makanan turut terganggu.

Bencana alam
Oleh sebab peningkatan suhu yang mendadak, pencairan ais batu Artik dan Antartika menyebabkan kandungan air di bumi meningkat. Hal ini membahayakan penduduk tepi pantai dan pulau-pulau kecil. Akibatnya, kehilangan nyawa dan harta benda boleh berlaku.

Aktiviti pertanian terjejas
Apabila hasil tanaman terdedah kepada cahaya matahari yang melampau, pokok akan mengalami tumbesaran yang abnomal. Hal ini menyebakan hasil pertanian merosot dan menjejaskan pasaran. Petani mengalami kerugian kerana berlaku kekurangan hasil pertanian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan