eseipa.com

| Info SPM dan STPM.

Ahad, 11 Mac 2018

Kad Debit-i Diskaun Siswa (KADS1M) Sedia Untuk Diambil

KADS1M kini tersedia untuk diambil oleh para pelajar yang telah memohon. Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) adalah kad debit yang menggantikan Baucar Buku pada 2017. Seperti yang diketahui, pelajar IPTS dan IPTA perlu memohon secara online di laman web Bank Rakyat bermula pada 16 Februari sehingga hujung bulan Mac 2017.    

Cara mendapatkan Kad Debit-i Diskaun Siswa (KAD1SM)

Selepas permohonan, apa yang perlu dilakukan adalah menunggu pihak Bank Rakyat menghantar sebuah email kepada anda. Anda akan dimaklumkan tentang pengambilan KAD1SM melalui email. Pengambilan KAD1SM tersebut boleh dibuat di cawangan pilihan masing-masing. Oleh itu, anda perlu memastikan email dalam status aktif dan dapat log masuk pada bila-bila masa. Anda boleh merujuk contoh email yang diterima disini. Contoh email daripada bank rakyat Sebelum pihak Bank Rakyat memaklumkan kepada anda, beberapa dokumen yang perlu disediakan. Sila pastikan dokumen-dokumen ini dibawa bersama ketika hadir ke cawangan pihak anda untuk pengambilan KAD1SM. Umur di bawah 18 tahun:
  1. MyKad ( Asal & 1 Salinan )
  2. Kad Pelajar ( Asal & 1 Salinan )
  3. Surat kebenaran daripada ibu bapa
  4. 1 Salinan MyKad ibu / bapa / penjaga
  5. Sijil kelahiran ( Asal & 1 Salinan )
Umur 18 tahun dan ke atas
  1. MyKad ( Asal & 1 Salinan )
  2. Kad Pelajar ( Asal & 1 Salinan )

 

Untuk makluman lebih lanjut, sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan atau mempunyai sebarang persoalan mengenai pengambilan KAD1SM , anda boleh menghubungi talian Bank Rakyat 1300-80-5454.

Permohonan sudah Approved tetapi tidak mendapat email ?

Pergi cawangan bank rakyat tertentu bersama dokumen yang diperlukan untuk mengambil KAD1SM.

Syarat Pemohonan Kad Debit-i Diskaun Siswa (KADS1M)

KADS1M terbuka kepada semua pelajar IPTA / IPTS di bawah seliaan:
  • Kementerian Pengajian Tinggi
  • Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Kementerian Sumber Manusia
  • Institut Perguruan
  • Lain-lain kementerian yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Apa yang perlu diambil perhatian oleh pemegang KADS1M:
Pemegang kads1m layak menerima diskaun daripada Rakan Dagang terpilih. KADS1M mempunyai tarikh tamat tempoh, iaitu selari dengan tempoh pengajian pelajar (IPTS atau IPTA). Jika pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, pelajar tersebut harus membuat permohonan kad baru.



98 ulasan:

  1. Selamat petang encik/puan , encik/puan boleh tak saya tahu bila kads1m akan dapat ? Terima kasih

    BalasPadam
  2. Buat masa ini, anda cuma perlu menunggu email daripada pihak bank rakyat. Selepas terima email, sediakan dokumen yang diperlukan dan kunjungi cawangan bank rakyat berdekatan.

    BalasPadam
  3. kads1m ni ada tamat tempoh tak untuk redeem? kalau redeem kad tu kat cawangan lain, bukan kat cawangan pilihan boleh ke?

    Thank you.

    BalasPadam
  4. asalam encik . betul ke nak ambik kad tu dekat kaunter bank rakyat akan dikenakan caj ?

    BalasPadam
  5. Berapa lama masa yg di ambil dari tarikh permohonanan untuk menerima kad tersebut

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,

    Saya cuba semak status kelayakan saya di laman web tersebut, tapi tiada langsung status permohonan dipaparkan.
    Kenapa ya?

    BalasPadam
  7. Good evening. It appears that no matter how many time I had tried checking my identification card on this particular page below, the page would continuously reload me back to the starting point. I'm pretty sure I had typed my IC numbers pretty coherently. Is there something wrong with the site? Also, any ETA on how long would Bank Rakyat spent just to send email to you for confirmation? I had been applying since last month.

    http://kads1m.1pengguna.com/kads1m_system/

    BalasPadam
  8. Mohon tuan/puan bersabar dalam menunggu makluman daripada pihak bank rakyat. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300-80-5454. Maaf dan terima kasih.

    BalasPadam
  9. Zul Patah bin Mahmud9 April 2017 6:11 PG

    apa masalah dengan laman web ini? saya dah letih isi no i/c untuk check status permohonan tapi bila push button semak ia balik keasal. tolong cerita apa masalahnya. adakah laman web ini dah stabil atau peringkat percubaan?

    BalasPadam
  10. Aishvani a/p K.Mahendran12 April 2017 2:13 PG

    Selamat petang encik/puan , encik/puan saya dah dapat email drpa bank rakyat untuk mengambil Kads1m tetapi saya terlupa saya apply cawangan mana , ada x cara untuk disemak ataupun boleh tak pergi mana2 cawangan yang berdekatan shj ?

    BalasPadam
  11. salam. nak tanya ada tempoh tak bila nak ambil kad selepas dapat email tu. sebab sy baru sedar email tu masuk. tarikh terima 31 april.

    BalasPadam
  12. Jannahtul 'Izzah12 April 2017 9:34 PG

    I dh dpt email utk ambil kads1m tu...tp I tak ingat bank rakyat cawangan/area mn yg sy pilih utk amik kads1m. Mcm mn yea nk check semula area/cawangan bank rakyat yg patut sy pergi?

    BalasPadam
  13. direct call ke bank rakyat je,senang lagi

    BalasPadam
  14. kenapa dia tkpaparkan apa2 lepas masukkan ic?

    BalasPadam
  15. Salam, boleh saya tahu bagaimana untuk menyemak semula cawangan mana untuk mengambil kad debit kerana saya terlupa cawangan bank rakyat yang saya pilih . Mohon maklum balas . Terima kasih .

    BalasPadam
  16. Selamat petang encik/puan , encik/puan boleh saya tahu, selain daripada call bank rakyat or layari portal KADS1M untuk membuat semakan, ada cara lain lagi tak untuk membuat semakan. Masa saya buat semakan di portal KADS1M, selepas isi nombor kad pengenalan ianya seperti 'reset' semula. That why saya nak tahu selain dua cara tersebut. ada cara lain lagi tak untuk buat semakan. Terima kasih.

    BalasPadam
  17. Selamat petang. sekarang dh masuk minggu ke2 bulan April. Knapa tiada email drpd pihak Bank? harap dapat perbaiki kerosakan sistem semakan kads1m. Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  18. Untuk makluman semua, ada kawan kita sudah terima email daripada pihak Bank Rakyat dan telah dapat Kad1SM tersebut. Sekali lagi kita mohon supaya tuan/puan bersabarlah menunggu email bank rakyat. Sebarang persoalan, tuan/puan boleh terus menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300-80-5454. Terima kasih.

    BalasPadam
  19. MUHAMAD SYAHMIE14 April 2017 9:18 PG

    Salam saya ingin membuat semakan tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Berulang- ulang saya mencuba tetapi tiada perubahan. BETUL KE SEMAKAN BOLEH DIBUAT?

    BalasPadam
  20. Ervieyanthie Vun16 April 2017 6:03 PG

    Mengapakah semakan status kad debit tidak boleh dibuat?

    BalasPadam
  21. cindy christie ak malaka18 April 2017 9:15 PTG

    mengapa semakan kad debit tidak dapat dibuat? sila beri maklum balas

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum.. bole saya tahu macam mana cara nak semak pemohonan kad debit 1 Malaysia lulus ataupun tidak kerana kebanyakan rakan saya telah menerima email dari pihak bank untuk pemungutan kad sedangkan saya masih tidak menerima sebarang maklum balas.

    BalasPadam
  23. Anda boleh terus ke Bank rakyat berdekatan untuk membuat tuntutan Kad Debit tersebut. Bawa sekali dokumen yang perlu, anda akan dapat kad tersebut sekiranya nama anda ada dalam sistem, pihak bank rakyat akan uruskan. Terima kasih.

    BalasPadam
  24. Salam saya terlupa cawangan atau area mana untuk mengambil kad . Bagaimana untuk semak balik permohonan saya? Atau boleh pergi ke mana mana bank rakyat yang berdekatan? Respon please

    BalasPadam
  25. Andi asnirah binti mohamad20 April 2017 10:13 PTG

    Saya belum email ,

    BalasPadam
  26. Anda boleh pergi bank rakyat berdekatan.

    BalasPadam
  27. knpaaa bilaa saya masukkan no ic tak keluar apa apaa ?

    BalasPadam
  28. Chirsty anak Renang24 April 2017 11:56 PTG

    ada tempoh tertentu kah untuk pengambilan kad tersebut?

    BalasPadam
  29. Mohammad syazwi bin razlan30 April 2017 5:06 PG

    Sya blum lagi mendapt sebarang email . Lama sudah sya isi ..

    BalasPadam
  30. Bersabar menunggu email daripada pihak bank, ramai lagi di luar sana belum terima email.

    BalasPadam
  31. assalamualaikum encik/puan. saya nak tanya sikit. haritu saya ada pergi ke cawangan bank rakyat utk semak status permohonan. bila check nama saya langsung tiada dlm system. sedangkan saya sudah isi dua kali. mohon penjelasan dan pencerahan . tqvm

    BalasPadam
  32. Maaf cik/encik tapi sy nak tanya, sy dah dapat kads1m sy tapi bila sy cek balance rm0.00 and sy dah pergi bank rakyat untuk semakan tp pihak bank tersebut suruh tunggu tp dah dua minggu sy dapat kad tersebut.

    BalasPadam
  33. Apakah maklum balas daripada pihak bank rakyat apabila anda beritahu bahawa anda ada isi ?

    BalasPadam
  34. Assalam encik, ini dah kali ketiga saya renew permohonan saya untuk kads1m tapi kenapa lama sangat emel tu nak sampai? Saya semak status kads1m, dia reset semula new page? Call hotline bank rakyat pula asyik tak dapat angkat, busy memanjang! Bolehkah saya direct terus ke bank rakyat cawangan terdekat untuk check dan dapatkan info? Saya sangat kecewa, harap Bank Rakyat dapat upgrade system ni. Terima kasih.

    BalasPadam
  35. Direct terus ke cawangan bank rakyat terdekat untuk bertanyakan info amatlah digalakkan.

    BalasPadam
  36. Hidayah zailani5 Mei 2017 12:50 PG

    Macam mana pula kalau email yg kita isi haritu, kita terlupa password then takbole log in masuk untuk tgk kita punya tu da lulus ke belum . Macam mana ye?

    BalasPadam
  37. Noor Zilawati5 Mei 2017 12:50 PG

    Sila emailkan bila saya boleh ambil kad debit di bank rakyat alor setar di email zilawatinoor5@gmail.com. Email yg yahoo.com.my tu tak boleh guna dah.

    BalasPadam
  38. Bila akan dpt ya

    BalasPadam
  39. Nur Izzah Binti Ahmad9 Mei 2017 12:00 PG

    Saya pun menghadapi masalah yang sama bila cuba buat semakan tidak ada perubahan pun. Saya juga dah call no tu banyak kali tapi tak dapat pun macam mana nak kemukakan pertanyaan? .

    BalasPadam
  40. mohd mustaqim10 Mei 2017 8:20 PG

    dah call banyk kali selalu sibuk ..saya nak buat pertanyaan nama..sebb bertindih dengan nama org lain

    BalasPadam
  41. Afternoon. When is the due date for receiving the email?

    BalasPadam
  42. mariana joseph11 Mei 2017 7:01 PG

    Saya punya sampai sekarang belom dapat email .

    BalasPadam
  43. Buat masa ini, tiada tempoh tamat bagi penerimaan email, permohonan juga boleh dibuat lagi sehingga pengumuman baru dikeluarkan. Semoga semua bersabar.

    BalasPadam
  44. Salam kenapa bank xde email sye psl kad siswa..tp dok email sye pasal loan peribadi...sye ni student..mne la mmpu nk buat loan peribadi..ape perlu sye buat skrg ni...

    BalasPadam
  45. Zul Patah bin Mahmud13 Mei 2017 2:02 PG

    8/5/17 pergi bank rakyat tanya status permohonan. Jawapan yang diberikan nama dan no i/c tiada dalam sistem. nak bagi tahu alasan pun tak boleh kerana tiada dalam sistem.

    BalasPadam
  46. Assalamualaikum.Saya dah byk kali isi permohonan tu tp still x dpt email bank rkyat tu.saya boleh terus pergi check kat bank rakyat tu ke pasal kad sim debit tu?

    BalasPadam
  47. saya dah lama mohon, tapi sampai sekarang tiada sebarang jawapan?

    BalasPadam
  48. Salam cik/encik, kalau nak ambil kad di cawangan lain boleh ke?

    BalasPadam
  49. Boleh, pergi ke bank rakyat dan tanya tentang status permohonan anda.

    BalasPadam
  50. Permohonan kini masih dibuka. Mohon mengisi permohonan sekali lagi dan tunggu keputusan.

    BalasPadam
  51. Afternoon. Currently there is no due date for receiving the email.

    BalasPadam
  52. Adalah kali ke 20 saya apply dan kali ke 20 juga saya ke bank rakyat untuk menanyakan status permohonan saya. Saya ikut sebagaimana punya prosedur yg disuruh oleh bank itu sendiri, pkai mozilla, menunggu emel dsb. Sekarang dekat mau 2 bulan apply langsung tak dipanggil. Kena tunggu sampai bila lagi?? Masih tiada tindakan lagi diambil lebih-lebih lagi untuk pelajar yg tak lama lagi akan habis cuti semester dan akan memulakan kuliah, pendaftaran semester mahu bermula dan kami perlukan wang untuk membayar yuran2 kami. Sila consider la, tak tahu salah siapa whether bank sendiri or pihak kerajaan yg mengurus kebajikan pelajar Malaysia. Thank you

    BalasPadam
  53. Saya dah pergi check dkt bank status permohonan sy. Permohonan dah diluluskan. Tapi pegawai bank ckp tak boleh ambil kad lagi sbb tak sampai kelompok 4 lagi. Sekarang diorg tengah settlekan kelompok 3 dahulu. Kena tunggu juga ke untuk dapatkan kad pun? Email dah dapat, bila datang bank diorg ckp tak boleh ambil kad lagi. Macam mana ye?

    BalasPadam
  54. saya prgi bank rakyat dia suruh tunggu email sedangkan status dah lulus,email bila nak dapat? Menyusahkan betul

    BalasPadam
  55. Assalamualaikum , nk tanye nih knape saya msih belum menerima email dr bank rakyat? skarang sudah bulan 5 ni dn lgi satu klu nk semak kat status permohonan tu knp asyik reload je setiap kali sy msukkn nom ic .

    BalasPadam
  56. Sila kunjung bank rakyat berdekatan untuk penyemakan status permohonan anda. Terima kasih.

    BalasPadam
  57. HANIS NAJIHAH BINTI HAIRI17 Mei 2017 12:45 PG

    kenapa kwn2 saya dh dpt email..tpi saya xdpt.. saya dh call..tpi dyorg ckp kena tunggu email..sampai bila??? xboleh ke pergi cawangan yg daftar tu je utk amek kad debit tu?????.. kenapa lama sangat..kwn2 saya dah dapat.. lama nya..

    BalasPadam
  58. Hello. I don't have any kind of bank rakyat account. I just filled the info on this page www.bankrakyat.com.my/bppt
    Do i actually have to open a bank rakyat account ( Akaun Simpanan-i Individu) before applying this KADS1M? Thank you for your time.

    BalasPadam
  59. For your information, you do not need to open bank rakyat account before applying KADS1M. Head over to the nearest bank rakyat to retrieve your KAD1SM once only you receive the email sent from bppt. Before you receive the email, you can go to bank rakyat to check the status of your application.

    BalasPadam
  60. Assalamualaikum..blh x kalau ambil KADS1M ni dekat cawangan bank rakyat yg berbeza dari cawangan yg dipohon?

    BalasPadam
  61. Assalamualaikum..maaf nak bertanya macam mana kita nak semak status kads1m sama ada lulus atau tidak..

    BalasPadam
  62. MUHAMMAD AMIRUN IQBAL BIN SAMSUL22 Mei 2017 7:27 PTG

    saya apply untuk collect kad debit dekat bank rakyat cawangan raub, tapi disebabkan sistem yang amat lambat saya sekarang tgh semester break dan saya berada di selangor,bila dapat emel saya nak collect kad debit berdekatan saya pihak bank tersebut meminta untuk ke raub juga,bila tarikh last collect kad debit???? ataupun kena apply lain untuk collect kad berdekatan saya????

    BalasPadam
  63. Mcm mna klu sya lmbt memohon kads1m. Adakh permohonan sya masih diterima..

    BalasPadam
  64. Normawaddah Nor Azli23 Mei 2017 3:15 PG

    admin,, maaf bertanya,, saya baru sahaja menerima email utk mengambil kad debit tersebut. Adakah saya boleh menuntut kad tersebut di Cawangan bank rakyat yang berbeza. Kerana cawangan yang saya perlu ambil (alamat rumah),, jauh daripada tempat belajar saya.

    BalasPadam
  65. Dh nk hujung bulan 5, nk ramadan dh pun, apa apa news psl kad ni, sume tkde. Aish.

    BalasPadam
  66. MUHAMMAD AMIR BIN MOHAMED AKHIR24 Mei 2017 12:05 PG

    Assalamualaikum , kenapa ya sampai sekarang tak dengar khabar berita tentang kadsim ni. Saya dok tunggu sejak awai tahun lagi. Mohon jangan buat penyelewengan pada harta dan rezeki orang lain. Sekian

    BalasPadam
  67. Betul ke permohonan masih dibuka?

    BalasPadam
  68. Asslammualaikum.. saya ingin memaklumkan bahawa saya masih lagi belum menerima email dari pihak bank.. ini dah masuk bulan 5.. saya sudah berjumpa dengan pihak bank rakyat yang terdekat... tetapi mereka memaklumkan bahawa saya masih perlu menunggu email..

    BalasPadam
  69. Assalamualaikum Tuan/puan .nak tanya, kad siswa tu memang tak ad no acc ke? Mcm mana sekiranya nak tranfer/bank in duit dalam kad tu?

    BalasPadam
  70. Dah pergi.. tapi dyorg cakap apa2 pon kena tunggu email.. dyorg tak tolong check apa langsung.. emmmmmmmmm

    BalasPadam
  71. hi permohonan saya sudah diterima bila dapat saya ambil kad saya?

    BalasPadam
  72. Now almost 3 monts waiting for e-mail..Butttt,still silent..why???Better use the old baucer,easy for students to use it to help their life.

    BalasPadam
  73. Saya juga menghadapi masalah yang sama. Tiada apa apa yang keluar apabila saya membuat semakan sedangkan no kad pengenalan yang saya taip adalah betul. Saya rasa penggunaan kad ini banyak menimbulkan masalah.Saya langsung tidak menerima apa apa email pun daripada pihak bank.Penggunana baucer lagi bagus..tak banyak masalah..tak membuang masa.

    BalasPadam
  74. hello. saya telah menerima emel dari bank rakyat yang meyatakan tentang status sy layak menerima kad tersebut . tetapi ia bukan emel tntang pengambilan . apakah sy boleh pergi ke cawangan utk mgmbil kad tersebut

    BalasPadam
  75. Hairil Amirul27 Mei 2017 7:25 PG

    Yesss.. waiting for e-mail almost 3 monts..is it we call as a tranformation??Very low effiecien..Better use the old baucer.

    BalasPadam
  76. Assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan puan

    saya ingin bertanya, berapa lama agaknya tempoh masa yang diperuntukkan untuk kad debit itu diedarkan ke cawangan bank rakyat ?

    BalasPadam
  77. assalamualaikum, saya ade dapat email daripada bank rakyat tapi email yang bank rakyat hantar hanyalah lanjutan tamat tempoh sahaja..klu dapat email mcm tu, adakah saya dah boleh pergi ambil KADS1M

    BalasPadam
  78. Dah masukkan nombor kad pengenalan tapi page asyik reload. Bila call cakap sistem sibuk, sistem ada masalah, talian sibuk. Macam mana nk tahu status jika macam ni

    BalasPadam
  79. Adakah permohonan masih dibuka sehingga kini? Adakah penerimaan email dari bank rakyat masih berlanjutan sehingga kini dan adakah penerimaan email ini mempunyai tempoh masa?

    BalasPadam
  80. assalammualaikum, saya baru hubungi pihak bank rakyat. keputusan KADS1M bukan dari pihak bank yang tentukan tetapi pihak kementerian. mereka kata paling lewat adalah 6 bulan dari tarikh permohonan kita. jadi bersabarlah kepada yang masih menunggu keputusan termasuk diri saya. :)

    BalasPadam
  81. Benda mcm ni menyusahkan. This require student to go the bank and this is soooo menyusahkan. Next time make it better lah govt. Bagi je duit terus

    BalasPadam
  82. Permohonan kad Siswa masih dibuka ke ye?

    BalasPadam
  83. syazwan rosli1 Jun 2017 5:33 PTG

    assalamulaikum salam sejahtera tuan puan encik,cik..maaf nk tanya klau nak ambil kad debit terlebih tempoh pengambilan mcam mna,??masih boleh diambil ka

    BalasPadam
  84. Saya call dia kata boleh ambil dalam masa 6 bulan dari tarikh yg diberi tu. Kalau nak selamat call dulu bank rakyat tanya

    BalasPadam
  85. Saya sudah check email dan semak di online. Saya sudah call banyak kali.Sudah lama ini. Tetapi hanya cakap permohonan diterima dan dalam proses. Bolehkah saya terus pergi ke Bank tanya?

    BalasPadam
  86. Asalamualaikum ...boleh beritahu ke tarikh -tarikh kelompok pertama ,kedua dan seterusnya ...sebab saya rasa macam 10 tahun menunggu ..mungkin tahun depan kot saya dapat kan ???

    BalasPadam
  87. maafkan saya,boleh saya bertanya saya masih melanjutkan pelajaran di uitm perak,saya ad masalah dengan kad matrik sy tertinggal,sy berada di johor kerana cuti semester selama 5 bulan oleh uitm.Bolehkah saya menggunakan selain kad matrik bukti sbgi saya masih belajar seperti surat pengesahan masih belajar.

    BalasPadam
  88. maafkan saya,boleh saya bertanya saya masih melanjutkan pelajaran di uitm perak,saya ad masalah dengan kad matrik sy tertinggal,sy berada di johor kerana cuti semester selama 5 bulan oleh uitm.Bolehkah saya menggunakan selain kad matrik bukti sbgi saya masih belajar seperti surat pengesahan masih belajar.

    BalasPadam
  89. hi, gunakan mozila firefox. make sure you clear all the history and cache. thn u try to apply. The customer service ppl prefer us to apply using pc but the prblm starts same as you when i tried there. so i applied via handphone. thn it accepted and i double checked with 1300 805454.Then they said im registered. So u have to try both devices in order to get registered. good luck.

    BalasPadam
  90. Maaf ya pihak Bank Rakyat, saya nak tanya.. email saya dah dapat pada 26/5/2017. tapi sekarang 3/6/2017 apa masih boleh ambil lagi tak kad sim tu? saya dah call hotline Bank Rakyat, mereka kata kena ambil 6hari daripada tarikh email tu. Jadi sekarang, saya dah lebih 6hari, jadi masih boleh ambil lagi ke tak ye? em harap membantu.

    BalasPadam
  91. Afik Alexander6 Jun 2017 4:37 PTG

    selamat pagi, saya check status permohonan dan ianya layak tapi kenapa belum terima email lagi? *confuse*

    BalasPadam
  92. nurulain nazura binti rosli6 Jun 2017 10:00 PTG

    hi, saya dah dapat email status kelayakan. kalau saya bawak salinan email tu sahaja untuk ambil kad Siswa boleh ke? dan sy pun dan call bank untuk dapatkan maklumat. cuma operator ckp. kene tunggu email jugak.. kawan saya tak dapat email pun tibe tibe pegi bank. kad dah ade.. bole amik terus. jadi mohon penjelasan ?

    BalasPadam
  93. Salam nak tanya kalau ambil kad di cawangan lain boleh tak? Kad ni valid untuk ambil berapa bulan?

    BalasPadam
  94. HELO, emel lama sangat nk tunggu sampaikn sy dh nk hbis praktikal dlm minggu ni.sy dh call bank , bank suruh tunggu email. Next week balik kmpung Sibu. Dh lh sy pkai bank rakyat cwangn samarahan. adoiii , tak kn lh nk pergi kuching semata2 nk mbik kad diskaun siswa. Rm250 cukup sy pkai pulang dn balik. Mohon diperbaiki kn system kad diskaun ni, agak mnyusahkn pelajar

    BalasPadam
  95. mohon diperbaiki system ni agar memudahkn pelajar,. Adoiii..
    Sy dh nk hbis ni study tp email belum lagi smpai. Next week balik kmpung. Tak kn lh nk prgi jauh smata2 nk mbik kad diskaun siswa ni. RM 250 jumlah prjalanan prgi dan balik sy ke kmpung .

    BalasPadam
  96. Nak tanya bagaimana kalau kami terlepas dari tarikh yang ditetapkan? Boleh tuntut lagi tak?

    BalasPadam
  97. Kenpe kad bantuan untuk saye expires ?jadi saye nak buat sebrng pengeluaran tak blh?sila jelas kan mcam mana nak buat..perlu ker saye ke cawangan bank tersebut untuk membuat pembaharuan untuk kad tersebut?

    BalasPadam